#TTFCovid19: Petronas sumbang peralatan, bekalan perubatan RM20 juta

Petroliam Nasional Berhad (National Petroleum Limited). Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: ڤيترونس سومبڠ ڤرالاتن، بكلن ڤروبتن رم20 جوت

#TTFCovid19: Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas, menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta untuk membantu petugas barisan hadapan hospital dan penjaga kesihatan untuk mengurangkan penyebaran penularan Covid-19 di Malaysia.

Yayasan Petronas berkata, sumbangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Ketua Pegawai Eksekutif, Lita Osman berkata, pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa telah berusaha keras untuk menghentikan penyebaran Covid-19.

“Mereka memerlukan bantuan kerana ketika ini lebih daripada seribu pesakit sedang menjalani rawatan dan Yayasan Petronas sedang bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk memberi sokongan ketika masyarakat memerlukannya,” katanya.


KUALA LUMPUR: Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas, menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta untuk membantu petugas barisan hadapan hospital dan penjaga kesihatan untuk mengurangkan penyebaran penularan Covid-19 di Malaysia.

Yayasan Petronas berkata, sumbangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).




“KKM dan Nadma akan menghantar peralatan dan bekalan perubatan kritikal, termasuk ventilator, katil hospital dan tilam, kamera pengimbas suhu, termometer digital, peralatan ujian virus, topeng dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada hospital yang diwartakan untuk Covid-19 dan pusat kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata, cecair pembasmi kuman juga akan disediakan untuk rumah terpilih untuk warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lita Osman berkata, pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa telah berusaha keras untuk menghentikan penyebaran Covid-19.

“Mereka memerlukan bantuan kerana ketika ini lebih daripada seribu pesakit sedang menjalani rawatan dan Yayasan Petronas sedang bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk memberi sokongan ketika masyarakat memerlukannya.

“Usaha kami juga mencerminkan komitmen Petronas ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Source:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...