#TTFCovid19: Polis berhak guna kekerasan bila perlu

Rakaman video pegawai polis menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular baru-baru ini. Sumber (gambar): Malaysiakini

#تتفچوۏيد19: ڤوليس برحق ڬونا ككراسن بيلا ڤرلو

#TTFCovid19: Polis berhak menggunakan kekerasan munasabah ketika menahan orang ramai yang ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membanteras penularan jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, tindakan kekerasan tidak boleh dikenakan terhadap suspek, selepas mereka ditangkap dan dikumpulkan pada suatu tempat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang Undang Jenayah, Majlis Peguam Malaysia, Muhammad Hasif Hasan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video pegawai polis menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Katanya, beliau khuatir jika melalui rentetan kejadian itu, terdapat kemungkinan pegawai berkenaan boleh dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kelakuan mencederakan suspek selepas tangkapan atau selepas suspek dihimpun di sesuatu tempat.


KUALA LUMPUR: Polis berhak menggunakan kekerasan munasabah ketika menahan orang ramai yang ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membanteras penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, tindakan kekerasan tidak boleh dikenakan terhadap suspek, selepas mereka ditangkap dan dikumpulkan pada suatu tempat.




Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang Undang Jenayah, Majlis Peguam Malaysia, Muhammad Hasif Hasan, berkata tujuan kekerasan adalah untuk melaksanakan proses undang-undang iaitu ketika menangkap suspek yang mungkin berkeras atau melawan ketika didapati melanggar peraturan.

Beliau berkata, tugas pihak berkuasa adalah melaksanakan dan menguatkuasakan undang undang, yang diberikan kuasa menggunakan kekerasan munasabah bagi mematuhi peraturan.

“Sebagai contoh, jika ada pencuri memasuki rumah anda, kekerasan mungkin boleh digunakan untuk menahan suspek… apabila suspek berjaya ditahan, tiada lagi unsur kekerasan boleh boleh digunakan, sebaliknya membawa suspek ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Dalam hal ini, sebarang bentuk hukuman seperti merotan, wajar diputuskan mahkamah, iaitu badan yang melaksanakan undang undang.

“Bagaimanapun, tidak ada hukuman berbentuk hukuman rotan kepada pesalah oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Muhammad Hasif berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video pegawai polis menyebat enam remaja lelaki kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Katanya, beliau khuatir jika melalui rentetan kejadian itu, terdapat kemungkinan pegawai berkenaan boleh dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kelakuan mencederakan suspek selepas tangkapan atau selepas suspek dihimpun di sesuatu tempat.

Loading...

Bagaimanapun menurutnya, beliau memahami mengapa suspek perlu ‘diajar’ terutama dalam keadaan penyakit dan wabak COVID-19 sedang melanda negara dan dunia.

Sementara itu, peguam yang juga bekas majistret, Ahmad Shamil Azad, berkata Seksyen 11(4) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 membenarkan pihak berkuasa menggunakan kekerasan, tetapi ia perlu berpatutan dengan situasi.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengelakkan penggunaan kekerasan berlebihan atau yang tidak boleh dijustifikasikan.

Katanya, tindakan yang diambil perlu bersesuaian dengan faktor-faktor kejadian.

Seksyen itu yang berkaitan Perisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan menyebut, adalah sah bagi seseorang pegawai yang diberi kuasa, menggunakan kekerasan dengan bantuan atau tanpa bantuan yang perlu dan menggunakan apa-apa cara mencukupi untuk memastikan apa-apa arahan dikeluarkan dipatuhi.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...