#TTFCovid19: ‘Polis bodoh, apa hak kamu periksa orang malam-malam ini?’

Suspek reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga 23 Mac kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan. Sumber (gambar): Fail TTF

#تتفچوۏيد19: ءڤوليس بودوه، اڤ حق كامو ڤريك سا اورڠ مالم-مالم اين؟ء

#TTFCovid19: “POLIS bodoh, apa hak u (kamu) periksa orang malam-malam ni, ini semua undang-undang bodoh,” itu kata kesat seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama dengan polis ketika ditahan bagi pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan di Labis, Segamat, hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, lelaki berusia 27 tahun berkenaan turut bertindak agresif menyerang anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadapnya.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai semalam sehingga 31 Mac di seluruh negara, bagi membendung penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.


“POLIS bodoh, apa hak u (kamu) periksa orang malam-malam ni, ini semua undang-undang bodoh,” itu kata kesat seorang lelaki yang enggan memberi kerjasama dengan polis ketika ditahan bagi pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan di Labis, Segamat, hari ini.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, lelaki berusia 27 tahun berkenaan turut bertindak agresif menyerang anggota polis yang menjalankan pemeriksaan terhadapnya.




Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, lelaki itu mulanya ditahan bersama tujuh lagi rakan lelakinya selepas didapati melakukan perjalanan yang tidak perlu di hadapan sebuah bank di bandar itu.

Katanya, polis meminta mereka memberikan kad pengenalan (MyKad) bagi tujuan pemeriksaan, namun hanya enam daripada mereka memberi kerjasama.

“Suspek enggan bekerjasama, selain mengeluarkan kata kesat kepada anggota yang bertugas.

“Lelaki itu turut bertindak agresif menendang serta menyiku muka anggota terbabit yang berusia 50-an,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Raub berkata, tiada kecederaan dialami anggota yang diserang suspek itu.

“Semakan rekod terhadap suspek mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Suspek reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga 23 Mac kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...

Kerajaan memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai semalam sehingga 31 Mac di seluruh negara, bagi membendung penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19).

Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...