#TTFCovid19: Polis tahan 30 remaja kerana ‘pesta’ di kediaman, 17 positif dadah

Mereka ditahan membabitkan 20 lelaki dan 10 wanita sebelum ujian saringan air kencing mendapati 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala tujuh individu positif dadah jenis ketamine. Sumber (gambar): Harian Metro

#تتفچوۏيد19: ڤوليس تاهن 30 رماج كران ءڤيستاء د كديامان، 17 ڤوسيتيف داده

#TTFCovid19: POLIS menahan 30 individu termasuk dua daripadanya di bawah umur selepas dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, menerusi Ops Private Party dijalankan pada 8.30 hingga 11.30 malam itu, pihaknya menahan individu berusia 15 hingga 26 tahun terbabit.

Menurutnya, mereka didapati tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, selain seorang daripada mereka didapati positif dan memiliki dadah dipercayai jenis ketamine anggaran berat 0.58 gram.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.


POLIS menahan 30 individu termasuk dua daripadanya di bawah umur selepas dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan di tiga kediaman di pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, menerusi Ops Private Party dijalankan pada 8.30 hingga 11.30 malam itu, pihaknya menahan individu berusia 15 hingga 26 tahun terbabit.




Beliau berkata, dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Selatan itu, turut ditahan remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Mereka ditahan membabitkan 20 lelaki dan 10 wanita sebelum ujian saringan air kencing mendapati 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala tujuh individu positif dadah jenis ketamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis menahan tiga remaja perempuan termasuk adik-beradik berusia 15 hingga 20 tahun ketika menjalankan sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Sultan Iskandar, pada 7.30 malam tadi.

Menurutnya, mereka didapati tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19, selain seorang daripada mereka didapati positif dan memiliki dadah dipercayai jenis ketamine anggaran berat 0.58 gram.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 7 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...