
#تتفچوۏيد19: راماي دڬيل، لالوان د كوالا لومڤور مولا سسق
#TTFCovid19: Beberapa laluan di sekitar ibu kota hari ini sesak teruk ketika melepasi sekatan jalan raya pihak berkuasa, menunjukkan masih ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak seminggu lalu.
Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke ibu kota, kesesakan jalan raya berlaku hampir satu kilometer di satu sekatan jalan raya sejak jam 9 pagi.
Seorang pengguna dari Kajang yang dikenali sebagai Mohamad Isa, 54, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan lebih tiga jam pagi ini selepas melepasi tol Sungai Besi menghala ke sekatan polis berhampiran stesen Petronas.
Beliau yang bertugas di bidang penyiaran meminta polis lebih memahami keadaan semasa terutama pada sebelah pagi dengan membuka lebih daripada satu laluan di sekatan polis selepas plaza tol Sungai Besi.
KUALA LUMPUR: Beberapa laluan di sekitar ibu kota hari ini sesak teruk ketika melepasi sekatan jalan raya pihak berkuasa, menunjukkan masih ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak seminggu lalu.
Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala ke ibu kota, kesesakan jalan raya berlaku hampir satu kilometer di satu sekatan jalan raya sejak jam 9 pagi.
Di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) berdekatan Sunway Pyramid menghala ke Bangsar juga sesak teruk sejak jam 10 pagi ketika kenderaan melepasi satu sekatan jalan raya di situ.
Kedegilan individu yang terus berada luar rumah mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan BH mendapati masih ramai pemandu gagal memberi alasan munasabah.
Seorang pengguna dari Kajang yang dikenali sebagai Mohamad Isa, 54, berkata beliau terperangkap dalam kesesakan lebih tiga jam pagi ini selepas melepasi tol Sungai Besi menghala ke sekatan polis berhampiran stesen Petronas.
Beliau yang bertugas di bidang penyiaran meminta polis lebih memahami keadaan semasa terutama pada sebelah pagi dengan membuka lebih daripada satu laluan di sekatan polis selepas plaza tol Sungai Besi.
“Kita memahami tugas anggota keselamatan, tetapi alangkah baik jika kesesakan melebihi keadaan biasa, laluan di sekatan ditambah memandangkan waktu itu ada ramai anggota polis yang bertugas,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Inspektor Stephen Elly, mengakui berlaku pertambahan jumlah kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berbanding semalam.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang saman trafik dikeluarkan terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap pelaksanaan PKP ketika ini.
“Masih ada pemandu ingkar dengan memberi alasan mahu menziarahi keluarga dan kita sudah pun mengarahkan mereka berpatah balik ke rumah masing-masing.
“Bagaimanapun, ada pekerja yang mempunyai dokumen mengesahkan mereka adalah kakitangan sektor penting, selain yang perlu pergi ke hospital atau klinik,” katanya kepada BH, hari ini.
Sumber:
