
تتفچوۏيد19: ءساي نق ك بوكيت بينتڠ اونتوق چاري ماكننء
#TTFCovid19, #TTFPDRM
Sebahagian besar pengguna jalan raya di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, memberikan alasan untuk memasuki daerah Dang Wangi, di sini, bagi tujuan membeli barang dan makanan.
Tindakan itu dilihat seolah-olah mereka lalai dalam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan dan penyebaran wabak coronavirus (COVID-19).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata untuk peringkat awal hari ini, Polis Daerah Dang Wangi, memberikan teguran dan nasihat kepada pengguna jalan raya dan orang ramai supaya mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk berada di dalam rumah.
Katanya, patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh semua agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk menyokong supaya wabak COVID-19 ini dapat dibendung.
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengguna jalan raya di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, memberikan alasan untuk memasuki daerah Dang Wangi, di sini, bagi tujuan membeli barang dan makanan.
Tindakan itu dilihat seolah-olah mereka lalai dalam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi membendung penularan dan penyebaran wabak coronavirus (COVID-19).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, berkata berdasarkan pemantauan pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan itu, kebanyakan individu mengambil mudah arahan yang ditetapkan kerajaan.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan semasa sekatan jalan raya di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Loke Yew, rata-rata dari mereka datang dari luar ibu negara, sebagai contoh ada yang datang dari Kajang, Pandan Indah, Ampang dengan tujuan untuk makan dan membeli barang.
“Apabila ditanya mengenai arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan, nampaknya mereka sedar akan peraturan namun demikian mereka seolah-olah tidak mengambil berat dan berada dalam keadaan lalai untuk mengikut arahan berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas sekatan jalan raya hari ini.
Beliau berkata untuk peringkat awal hari ini, Polis Daerah Dang Wangi, memberikan teguran dan nasihat kepada pengguna jalan raya dan orang ramai supaya mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk berada di dalam rumah.
“Untuk hari pertama ini kita menasihatkan mereka untuk mematuhi segala arahan yang ditetapkan sebelum sesuatu tindakan diambil sekiranya ada pihak yang masih melanggar arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari masa ke masa.
“Kita harus faham, tujuan utama kerajaan adalah untuk mengurangkan penularan dan penyebaran wabak Covid-19, dan bukan untuk menyusahkan orang ramai jadi kita seharusnya ambillah peluang ini untuk saling bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat,” katanya.
Katanya, patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh semua agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk menyokong supaya wabak COVID-19 ini dapat dibendung.
Fahmi berkata, selain arahan mengadakan sekatan jalan raya, pihaknya juga akan mengadakan penugasan lain selaras dengan arahan yang akan diterima dari Bukit Aman.
Sumber:
