
#TTFCovid19: Masjid di Jerman telah membenarkan Azan berkumandang menerusi pembesar suara untuk meningkatkan semangat umat Islam tatkala penduduknya menghadapi perintah kawalan pergerakan sejak Jumaat lalu.
Menurut media Jerman, Azan berkumandang setiap petang dari masjid Turki-Muslim DITIB Merkez Mosque di bandar Duisburg dan dari bangunan Islamic Community National View (IGMG) pada hari Jumaat.
Sementara itu, di Belanda, Azan yang disiarkan semakin meluas untuk meningkatkan perpaduan pada ketika negara berkenaan menentang Covid-19.
Selepas Itali dan Sepanyol, Jerman adalah negara di Eropah yang paling teruk dilanda Covid-19.
Berlin: Masjid di Jerman telah membenarkan Azan berkumandang menerusi pembesar suara untuk meningkatkan semangat umat Islam tatkala penduduknya menghadapi perintah kawalan pergerakan sejak Jumaat lalu.
Menurut media Jerman, Azan berkumandang setiap petang dari masjid Turki-Muslim DITIB Merkez Mosque di bandar Duisburg dan dari bangunan Islamic Community National View (IGMG) pada hari Jumaat.
“Panggilan untuk umat Islam berdoa boleh didengar dari lebih 50 masjid tempatan. Azan yang disiarkan oleh pembesar suara biasanya tidak dibenarkan di Jerman, kecuali untuk majlis-majlis khas,” kata Fahrettin Alptekin, wakil DITIB di Essen, Jerman.
“Gereja-gereja jiran kami juga bertanya sama ada kami ingin mengambil bahagian dalam tanda solidariti ini setiap malam,” kata Hülya Ceylan, ketua persatuan serantau DITIB dan sukarelawan di masjid Duisburg,
“Kami berkata, kami dapat menyokong komuniti Islam secara rohani menerusi panggilan untuk solat.”
Sementara itu, di Belanda, Azan yang disiarkan semakin meluas untuk meningkatkan perpaduan pada ketika negara berkenaan menentang Covid-19.
Selepas Itali dan Sepanyol, Jerman adalah negara di Eropah yang paling teruk dilanda Covid-19.
Jumlah kematian di Jerman meningkat kepada 1,230 pada hari Jumaat, sementara jumlah kematian di Belanda melepasi angka 1,487.
THE THIRD FORCE
