Tuan Ibrahim: Isa Samad perlu letak jawatan

“Kita melihat, jika sesebuah syarikat itu gagal, perubahan perlu dibuat, jika tidak, syarikat itu akan terus gagal dan boleh jadi teruk lagi. Jelas Isa gagal mentadbir FGV”

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Isa Abdul Samad perlu meletak jawatan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan.




Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang turut menyatakan bahawa Isa perlu bertanggungjawab atas kemulut yang melanda syarikat tersebut.

“Beliau mesti bertanggungjawab. Kami lagi suka jika beliau meletak jawatan. Jika beliau enggan melepaskan jawatan,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu mengeluarkan arahan.

“Kita melihat, jika sesebuah syarikat itu gagal, perubahan perlu dibuat, jika tidak, syarikat itu akan terus gagal dan boleh jadi teruk lagi. Jelas Isa gagal mentadbir FGV,” katanya.

Isa mengegarkan dunia koprat baru-baru ini apabila beliau secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk menggantung jawatan Dato’ Zakaria Arshad selaku Ketua Pegawai Eksekutif FGV.

Menurut sumber, keputusan itu diambil setelah Isa meyakinkan ahli-ahli lembaga pengarah FGV bahawa Zakaria melanggar polisi dan tatacara tadbir syarikat yang betul semasa melaksanakan tugas beliau.

Terdahulu, sepasukan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad di Tingkat 45 Menara Felda di Kuala Lumpur.

Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau dilapor memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.

Loading...

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...