TUDUHAN PALSU RAMASAMY TERHADAP TUN MAHATHIR BAGAIKAN MENDENGAR ORANG MABUK BERCAKAP

Khairuddin Abu Hassan

تودوهن ڤلسو راماسمي ترهادڤ تون محضير باڬايكن مندڠر اورڠ مابوق برچاكڤ

Saya cukup tidak faham dengan P Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang senantiasa bercakap merepek tanpa asas kebenaran.

P Ramasamy seorang ahli politik yang buta sejarah dan hakikatnya dia adalah bankrap minda!!




Perpecahan kaum bermula di zaman penjajahan British yang telah mengambil pendekatan ‘pecah dan perintah’ demi kepentingan sistem penjajahan mereka.

Pada waktu itu kaum tamil yang dibawa masuk dari negara India digunakan sebagai penoreh getah atau buruh kasar untuk pembinaan landasan keretapi di Tanah Melayu.

Masyarakat cina yang berasal dari negara China pula menjadi pelombong serta pedagang.

Bangsa melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu diacukan sebagai golongan pentadbir.

Asas perpecahan kaum  bermula di zaman penjajah yang secara sengaja disusun atur sedemikian rupa demi kepentingan pentadbir British semata-mata.

Selepas mencapai kemerdekaan negara tokoh-tokoh pemimpin melayu terpaksa mengambil pelbagai pendekatan baru untuk memberi serta menjaminkan pelbagai hak kepada semua bangsa seterusnya mencari jalan kearah merapatkan jurang perbedaan di antara kaum dalam pelbagai sektor.

P Ramasamy adalah manusia yang tidak tahu mengenang budi dengan segala agenda kepimpinan melayu untuk memajukan setiap kaum di negara ini sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Loading...

Kepimpinan dan bangsa melayu amat menghormati perlembagaan negara sebagai asas intigrasi nasional.

Sesungguhnya, di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya mengujudkan pelbagai peluang kekayaan kepada semua kaum di negara ini tanpa sebarang bentuk amalan berat sebelah dan sebagainya.

Di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ramai jutawan dari kaum cina dan tamil telah berjaya diujudkan.

Pernahkah Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan untuk sabotaj kejayaan bangsa asing di negara kita?!

Malahan penguasaan ekonomi negara juga terletak di tangan kaum asing tanpa sebarang perasaan cemburu atau hasad dengki dari kepimpinan serta orang-orang melayu di tanahair kita.

Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bangsa asing berjaya menguasai kekayaan ekonomi negara tanpa sebarang bentuk sekatan mahupun elemen sabotaj oleh kepimpinan melayu sehingga kini.

Orang yang mudah lupa macam P Ramasamy tidak harus dilayan pada hakikatnya.

Beliau manusia yang mudah lupa kerana gagal untuk memahami bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad melawan sikap kronisma di dalam UMNO yang dianjurkan oleh timbalannya pada tahun 1998.

Pada waktu tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad telah berani mendedahkan senarai kronisma melalui Perhimpunan Agung UMNO secara terbuka.

Jadi, apa yang dimaksudkan oleh P Ramasamy yang kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan layanan istimewa kepada elit politik?!

Ini satu tuduhan P Ramasamy yang tidak berasas serta amat jahat!!

Bangsa melayu merupakan bangsa yang cukup baik dan senantiasa berpegang erat kepada hidup secara harmonis di antara kaum.

Proses pengdemokrasian pendidikan juga berjalan secara terbaik mungkin serta adil di antara semua kaum di negara ini.

Kalau P Ramasamy dilahirkan di Indonesia kemungkinan besar namanya akan bermula dengan Bambang P Yudiyono Ramasamy dan mesti bertutur dalam bahasa Indonesia.

Sekolah Tamil pun tidak akan dapat dikecapi atau dibuka di Indonesia berbeda dengan situasi di Malaysia yang amat menghormati hak-hak semua kaum secara seadil-adilnya.

Dasar pendidikan negara membenarkan pemerkasaan sekolah sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil sehingga kini.

Pada hari ini ahli-ahli politik yang semacam P Ramasamy lah yang menjadi punca perpecahan kaum kerana senantiasa mempertikaikan kepimpinan Melayu yang amat adil kepada semua kaum di negara kita.

Dalam masa yang sama kita amat berharap personaliti seperti P Ramasamy akan ditolak oleh rakyat jelata kerana ahli-ahli politik yang tidak waras seperti beliau boleh mendatangkan kemudaratan kepada kestabilan lanskap politik Malaysia.

Apa lagi yang P Ramasamy tak puas hati dengan dasar kepimpinan negara pada hari ini?!

Beliau harus bercakap sebagai pemimpin yang waras dan bukan berkelakuan seperti orang mabuk ‘todi’ bila meluahkan kata-kata!!

Tolong jangan bermain api!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...