
توجوه ڤميمڤين بهاڬين ڤڤبم ملاك ظاهيركن سوكوڠن ترهادڤ محي الدين
Lima daripada enam bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Melaka hari ini tampil menyatakan sokongan kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut laporan, sokongan ini dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin bahagian berkenaan walaupun bukan kesemuanya ketua bahagian.
Manakala itu, Bersatu Alor Gajah dikatakan enggan terlibat dalam kemelut politik yang melanda parti itu dan mahukan Muhyididn dan Tun Dr Mahathir Mohamad berdamai.
Pemimpin-zpemimpin yang terlibat adalah sepertimana yang tersenarai di bawah laporan ini.
PETALING JAYA: Lima daripada enam bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Melaka hari ini tampil menyatakan sokongan kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut laporan, sokongan ini dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin bahagian berkenaan walaupun bukan kesemuanya ketua bahagian.
“Perdana menteri perlu diberi peluang dan ruang yang seluas-luasnya untuk memacu negara dan parti Bersatu ke tahap yang tertinggi,” pemimpin-pemimpin berkenaan dilaporkan berkata dalam kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu turut melibatkan ketua Pemuda Bersatu (Armada) negeri Ramlan Meon dan Ketua Srikandi Azalina Abdul Rahman.
Manakala itu, Bersatu Alor Gajah dikatakan enggan terlibat dalam kemelut politik yang melanda parti itu dan mahukan Muhyididn dan Tun Dr Mahathir Mohamad berdamai.
Tujuh pemimpin yang dimaksudkan ialah:
(1) Mohd Rafiq Naizamohideen
Timbalan ketua Bersatu Melaka
Ketua Bersatu bahagian Tangga Batu
(2) Wira Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Bersatu bahagian Masjid Tanah
(3) Dr Mohd Yadzil Yaakub
Ketua Bersatu bahagian Jasin
(4) Hishamuddin Abdul Karim
Ketua Bersatu bahagian Kota Melaka
(5) Mohd Azrudin Datuk Md Idris
Ketua Bersatu bahagian Hang Tuah Jaya
(6) Azalina Abdul Rahman
Ketua Srikandi Melaka
(7) Ramlan Meon
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Melaka
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
