
Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pemberian RM855 juta dalam bentuk “bantuan kewangan istimewa” kepada 1.5 juta penjawat awam dan 800,000 pesara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Pada 8hb Mac 2018, Mahathir memberitahu Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan bahawa rakyat di negara ini memakan dedak kerajaan yang pada satu ketika dulu turut disifatkannya sebagai ‘duit haram’.
Apakah bantuan RM855 juta yang baru diumumkan tidak boleh diklasifikasi sebagai dedak?
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan pemberian RM855 juta dalam bentuk “bantuan kewangan istimewa” kepada 1.5 juta penjawat awam dan 800,000 pesara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan akan memberikan RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM225 kepada pesara.
“Bayaran bantuan kewangan istimewa ini akan dibuat pada 24 hb Mei,” kenyataan tersebut berbunyi.
Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilaporkan memberi jaminan kepada penjawat awam bahawa mereka akan menerima bayaran bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak mendedahkan jumlah bayaran tersebut.
Persoalannya, apakah ini tidak dikategorikan sebagai dedak?
Sebelum pilihanraya umum ke-14, Mahathir sering mengaitkan segala apa bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat Barisan Nasional kepada rakyat dengan dedak, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan meringankan beban sara hidup.
Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, bantuan tersebut merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan dengan kaedah subsidi sasar berbanding subsidi pukal yang dilihat berpotensi berlakunya ketirisan.
Tetapi Mahathir menyangkal dakwaan tersebut.
Pada 8hb Mac 2018, beliau memberitahu Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan bahawa rakyat di negara ini memakan dedak kerajaan yang pada satu ketika dulu turut disifatkannya sebagai ‘duit haram’.
Menurut Mahathir, akibat memakan dedak, rakyat Malayisa membutakan mata, memekakkan telinga dan menutup mulut atas kesalahan yang kononnya dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dedak disumbat masuk sehingga tidak boleh bergerak, bertutur kata, tidak boleh dengar apa-apa pun dan hanya boleh tunduk kepala.
“Inilah Najib yang berjaya menjadikan rakyat Malaysia seperti robot yang tidak boleh berkata-kata dan mendengar dan robot juga tidak perlu bernyawa,” ujarnya.
Apakah bantuan RM855 juta yang baru diumumkan tidak boleh diklasifikasi sebagai dedak?
THE THIRD FORCE
