Tun, bukankah nama lain bagi pertukaran portfolio “rombakan kabinet?”

Mahathir menegaskan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad tidak akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet seperti didakwa beberapa pihak. Sumber (gambar): Fail TTF

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet, sebaliknya mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

TTF: Tun, bukankah nama lain bagi pertukaran portfolio, biar sekecil manapun pertukaran tersebut, rombakan kabinet?

Atau Tun dah lupa salah satu maksud “rombakan kabinet?”


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet, sebaliknya mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

Perdana Menteri berkata, beliau ada menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet berhubung pertukaran portfolio, namun belum memutuskan bila ia akan dilaksanakan.




Beliau juga menegaskan, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad tidak akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet seperti didakwa beberapa pihak.

“Tiada rombakan Kabinet, (tukar portfolio) belum lagilah, ada saya akan beritahu, tiada menteri baharu.

“Saya cakap dalam Kabinet mungkin ada tukar sikit portfolio… itu pun belum ada, bila (pertukaran portfolio) saya akan beritahu,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Diadaptasi dari:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...