Tun M buktikan hitam putih Zahid, kroni & ahli keluarga Anwar terima manfaat terus ketika Anwar Menteri Kewangan

“Anwar terbukti secara hitam putih terlibat dengan gejala kronisme dan nepotisme dari dulu lagi…”

Raggie Jessy Rithaudeen

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Nota: Artikel ini dikemaskini daripada artikel yang saya siarkan pada 7 Febuari 2023:

Pada perhimpunan agung UMNO 1999, ketua pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyeru agar gejala rasuah, nepotisme dan kronisme dihapuskan sama sekali di Malaysia.




Walaupun Zahid tidak menamakan sesiapa, seruan itu disyaki ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Datuk Seri pada ketika itu) dan disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TONTON: HABISLAH ANWAR, TUN M BAKAL BERTINDAK

Demi menegakkan kebenaran, Mahathir membuat kejutan apabila menerbitkan, secara tiba-tiba, senarai lengkap penerima pelbagai kontrak kerajaan, peluang penswastaan ​​dan peruntukan khas Bumiputera bagi ekuiti tersenarai awam.

Tahu tak saudara-saudari, bahawa bukan hanya kroni-kroni Anwar tersenarai, nama ayah dan abang Anwar serta nama Zahid turut tercatat sekali.

Barangkali disebabkan malu, kedua-dua Anwar dan Zahid terus terduduk terus dan tidak berani menyentuh isu rasuah, kronisme dan nepotisme selepas itu.

Namun, disebabkan tekanan pembangkang, pada 20 Jun 1999, Zahid mengaku bahawa beliau mendapat manfaat terus ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Zahid berkata; “Saya diberi peluang perniagaan (oleh Anwar), termasuk saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.”

Zahid menambah, beliau bertemu Mahathir secara peribadi dan memohon maaf.

Loading...

“Saya memohon maaf kepada Dr Mahathir atas apa yang saya lakukan semasa saya memimpin sayap Pemuda parti.

“Saya berikrar taat setia kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan presiden UMNO, (dan juga kepada) perjuangan parti dan menegakkan maruah parti.”

Terkejut? Baca selanjutnya…

Nama anak lelaki Mahathir juga berada dalam senarai itu, namun Mahathir menjelaskan bahawa mereka hanya pemegang saham minoriti.

“Jika saya ingin memberi (peluang) kepada keluarga saya, sudah tentu saya akan memberikan bahagian terbesar kepada mereka.

“Seperti yang kita lihat, nama anak saya ada dalam senarai tetapi mereka adalah pemegang saham minoriti,” katanya.

Sebaliknya, kroni-kroni Anwar jelas menerima banyak projek yang diswastakan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan.

Untuk rekod, Anwar gagal mencabar dakwaan Mahathir dan tidak pernah menafikan kesahihan senarai tersebut.

Sebelum dipecat, Anwar adalah Menteri Kewangan, dan dia boleh sahaja menerbitkan bukti sekiranya benar Mahathir terlibat dalam gejala rasuah, kronisme atau nepotisme.

Tetapi Anwar gagal berbuat demikian.

Sebaliknya, Mahathir berjaya membuktikan, secara hitam putih, bahawa Anwar terlibat secara terus dalam gejala kronisme dan nepotisme.

Dalam ertikata lain, mereka yang menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme dan kronisme sendiri terlibat dalam gejala itu.

Jadi bagaimanakah kita boleh mempercayai Anwar, sedangkan Anwar sendiri memiliki rekod menuduh orang melakukan perkara yang dia sendiri lakukan?

Baru-baru ini, Anwar membuat dua tuduhan:

1. Tidak lama selepas anak Awnar dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri, Anwar berkata, pihak yang “memberikan kontrak berbilion atau ratusan juta ringgit kepada anak atau menantu atau kroni ketika mereka berkuasa” tidak wajar menyuarakan bantahan berhubung pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat Perdana Menteri.

2. Pada konvensyen PKR baru-baru ini, Anwar mendakwa kononnya ketika berkuasa, Mahathir membolot untuk diri sendiri dan untuk ahli keluarga beliau.

Tuduhan kedua sudah pun dijawab semalam oleh Mahathir dengan tuntutan bukti (rujuk link di bawah), dan sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berkenaan dalam tempoh tujuh hari, tindakan susulan akan diambil.

Tuduhan pertama pula merupakan ‘kesilapan terbesar Anwar’, kerana secara tidak langsung, Anwar mengaku terlibat dalam gejala nepotisme.

Ini adalah berdasarkan logik Anwar sendiri (rujuk tuduhan pertama), bahawa ‘jika anda mengamalkan nepotisme, jangan bantah jika saya juga mengamalkan nepotisme’.

Logik ini membuktikan bahawa Anwar telah memperdaya pengundi, kerana Anwar berjanji untuk melakukan reformasi, termasuk menghapuskan gejala rasuah, kronisme dan nepotisme.

Sebaliknya, apa yang Anwar buat adalah ‘menghalalkan’ nepotisme (pelantikan ahli keluarga sendiri) menerusi logik, “kalau awak boleh buat, jangan bantah jika saya buat.”

Anwar juga melantik seorang tertuduh jenayah rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apakah semua ini sebahagian daripada reformasi yang dijanjikan?

Tetapi saya tidak hairan, kerana Anwar terbukti terlibat dengan gejala kronisme dan nepotisme dari dulu lagi.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...