“Untuk mengatakan DAP mengawal saya … Saya fikir anda menghina saya, jika anda fikir DAP dapat mengawal saya” – Tun Mahathir, 13 Sep, 2020
Raggie Jessy Rithaudeen
Dakwaan kononnya “DAP kawal kerajaan” tidak lebih daripada propaganda orang bodo’, dan perkara ini telah saya dedah berpuluh kali sejak 2023 lagi. Kalau masih ada akal, fikirkanlah..
(Teruskan membaca… ada kejutan di hujung)
Logiknya begini: Jika Barisan Nasional (BN) tiba-tiba bersekutu dengan Perikatan Nasional (PN), Sarawak akan ikut BN. Bila Sarawak ikut BN, Sabah akan ikut Sarawak (kerana Borneo hendak 1 per tiga kerusi Dewan). Jadi, kerajaan akan tumbang.
Pokoknya, mana-mana parti yang ingin duduk dalam kerajaan perlu ‘restu’ BN.
Dan yang kawal BN ialah Zahid, dan Zahid pula bergantung pada MKT UMNO.
Jadi, Zahid adalah penentu menjelang PRU16, dan UMNO adalah endgame – melangkaui PRU16.
Maka, dakwaan kononnya “DAP mengawal kerajaan” ni bukan hanya mengarut, ianya kisah “orang bodo’ cuba lembukan orang bodo’.”
Ianya tidak lebih dari propaganda politik untuk kekalkan sokongan puak berkepentingan agar tidak terhakis.
Namun, kerajaan tidak akan tumbang sebelum PRU16, kerana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bekerjasama dengan PN selagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang menerajui Bersatu dan PAS.
Namun, persekitaran media sosial pembangkang riuh dengan dakwaan kerajaan terlalu memihak atau memberi muka kepada DAP.
Memang, ada insiden-insiden berkait pemimpin DAP yang menjadi isu, tetapi itu merupakan perbincangan lain.
Sekalipun kehendak DAP dapat perhatian PKR dan UMNO, saya percaya ianya disebabkan PH (dan juga UMNO, yang memerlukan sokongan Cina) sedang cuba jaga hati pengundi bukan Melayu dengan menjaga hati DAP.
Yang pasti, semua dalam blok kerajaan perlu menjaga hati Zahid, sebab itu tidak ada sesiapa yang dapat menghalang Dr Akmal daripada memperjuangkan isu-isu Agama dan Bangsa.
Saya bukannya cuba mempertahankan, perkecilkan atau menjulang nama sesiapa, saya cuma menyajikan logik dan fakta.
Propaganda bodo’ kononnya “DAP kawal kerajaan” ini turut dimainkan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.
Ada di antara puak-puak yang memainkannya pada ketika itu masih memainkannya hari ini.
Mereka berjaya perbodo’kan semua dulu dan terus perbodo’kan mereka yang sanggup diperbodo’kan hari ini.
Pada zaman Pakatan Harapan (PH) 1.0, ada di kalangan penyokong Tun yang kini bersama PN bermati-matian pertahankan DAP dan menyerang PAS. Mereka mendakwa “mustahil DAP mengawal Tun.”
Namun hari ini, mereka jugalah yang mengutuk DAP dan ‘memuja’ PAS, dan ada di antara mereka terbawa-bawa dengan retorika kononnya “DAP kawal kerajaan.”
Nampak?
Memang saya tahu DAP tidak mengawal Tun pada zaman PH 1.0. (rujuk juga video saya, skrol ke bawah), dan memang saya tahu dari awal lagi DAP tidak mengawal kerajaan hari ini.
Yang kawal kerajaan ialah PKR dan UMNO, dan jika DAP melangkaui had tertentu, saya perhati Dr Akmal Salleh dan Puad Zarkashi tidak teragak-agak pertahankan pendirian UMNO.
Saya bukannya meminta sesiapa sokong mana-mana parti atau mana-mana pemimpin. Itu hak masing-masing. Saya sendiri duduk bebas dan kekal menghormati Tun Mahathir.
Namun, saya minta anda semua berpaksi pada kebenaran dan jangan sentiasa dilembukan dengan propaganda bodo’ “DAP kawal Kerajaan,” yang kini dimainkan di persekitaran pembangkang.
“Sebelum nak betulkan pihak sana, betulkan dulu rumah sendiri.”
Seperkara lagi:
Selain Tun Mahathir, saya juga menghormati Tan Sri Annuar Musa. Annuar Musa ini baik orangnya.
Namun, anda perlu sedar, bahawa orang pertama yang canang perlunya UMNO terbuka kepada kemungkinan kerjasama dengan DAP (selepas PRU14) lain tak bukan Annuar Musa sendiri (yang kini bersama PAS).
Pada 10 Ogos 2018, The Malaysian Insight menulis:
UMNO bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP, kata Setiausaha Agung Annuar Musa, sambil menambah parti Melayu itu tidak boleh lagi tegar dalam Malaysia Baru.
“Kita (Umno) ingin terbuka kepada sebarang pilihan. Formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalam zaman.
“Kita perlu berbuat demikian dan bersedia menjadi pragmatik. Kita mahu melibatkan diri dengan banyak parti politik dan organisasi lain, termasuklah empat parti politik dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Annuar merujuk kepada Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.
(rujuk: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/86387) .
#AyerKuning
