Raggie Jessy Rithaudeen
Tun Mahathir Mohamad menjelaskan dia bersama tiga pemegang amanah lain – termasuk Allahyarham Daim Zainuddin, Musa Hitam dan Allahyarham Sanusi Junid – telah menandatangani dokumen pelepasan sebagai pemegang amanah sebidang tanah milik Umno bertarikh 22 Oktober 2015.
Menurutnnya lagi, saman pemula yang difailkan oleh Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan tidak pun menamakan dirinya sebagai defendan, sebaliknya hanya menamakan Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP).
Mahathir turut menjelaskan kelulusan pindah milik telah diberi oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan pada 28 Disember 2015, tetapi proses itu terbantut pada Mei 2017.
(Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/740312)
Pemimpin UMNO sepatutnya memberi gambaran jelas tentang perkara ini, kerana setakat ini, kenyataan mereka memberi gambaran seolah-olah Tun Mahathir enggan menandatangani dokumen pelepasan.
TONTON JUGA: PRK AYER KUNING – FAKTOR PENENTU
