Tun Mahathir akan berjaya tarik lebih 25 peratus undi Melayu atas pagar kepada Gerakan Tanah Air (GTA)

Khairuddin Abu Hassan

تون محضير اكن برجاي تاريق لبيه 25 ڤراتوس اوندي ملايو اتس ڤاڬر كڤد ڬرقن تانه اير

PRU15 bakal menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya menarik lebih daripada dua puluh lima peratus pengundi melayu atas pagar untuk menyokong GERAKAN TANAH AIR (GTA).

Pada PRU14 yang lepas pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menarik sokongan pengundi melayu atas pagar seramai hampir lima belas peratus.




Pada tahun 2018 walaupun ramai daripada orang melayu marah serta kecewa kerana Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung dengan parti DAP serta Anwar Ibrahim namun pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad tetap kuat untuk menarik sokongan mereka.

Pada PRU15 ini naratif wadah perjuangan GERAKAN TANAH AIR (GTA) yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas untuk menyatupadukan seterusnya memperkasakan semula bangsa melayu setakat ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari akar umbi.

Agenda melayu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjaminkan maruah keseluruhan orang-orang melayu dimemertabatkan semula di tempat yang sepatutnya di samping menghormati hak kaum asing sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan amat disenangi oleh semua pihak.

Tambahan pula, GERAKAN TANAH AIR (GTA) telah membuat satu pendirian tegas untuk tidak bekerjasama dengan parti DAP dan Anwar Ibrahim akan meningkatkan pengundi melayu atas pagar untuk menyokong wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari gerak kerja kami di lapangan di beberapa negeri telah memperlihatkan sambutan rakyat pada program-program GERAKAN TANAH AIR (GTA) amat baik.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa penubuhan GERAKAN TANAH AIR (GTA) mendapat reaksi positif dan sambutan berkembang secara pesat dan amat cepat.

Saya juga tertarik membaca beberapa komen-komen dari penganalisa politik yang masih mempertahankan UMNO dan BN bakal mengekalkan kuasa mereka selepas PRU15 sebagai sesuatu yang amat skeptikal serta tidak tepat.

Loading...

Para penganalisa politik bercakap dari perspektif teori dan kita bercakap berteraskan pengamatan gerak kerja di lapangan di seluruh negara.

Menjadi satu kelaziman para penganalisa politik bercakap untuk menyedapkan hati pemerintah kerana kalangan ini ramai yang berkhidmat dengan universiti-universiti awam yang juga mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Golongan ini tidak bercakap benar kerana mereka hanya mahu membisikkan berita-berita yang menyedapkan kerajaan semata-mata.

Kalangan ini juga pernah bercakap dengan nada yang sama pada tahun 2018 yang cuba meyakinkan rakyat kononnya UMNO dan BN tidak akan tumbang tetapi keputusan PRU14 adalah di sebaliknya.

Agenda memperkasakan dan menebuskan maruah melayu akan tetap dipikul sebagai satu fardhu kifayah ke arah memajukan semula anak bangsa di samping menjaga hak kaum lain secara adil serta saksama bagi mengujudkan suasana penghidupan dalam rukun aman damai oleh GERAKAN TANAH AIR (GTA).

Syukur alhamdulillah, ketajaman dan kebijaksanaan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan melayu di bawah payung GERAKAN TANAH AIR (GTA) bagi mentransformasikan nilai-nilai baru pada jatidiri serta semangat baru orang-orang melayu bakal memacukan anak bangsa secara pantas ke era yang lebih cemerlang. Insya-Allah. Ameen.

Nawaitu Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah mahu melihat anak bangsanya cemerlang dan maju selari dengan pembinaan semula Malaysia Baharu.

Maruah orang-orang melayu mesti ditebus serta kejayaan anak bangsa dalam semua sektor harus diperkasakan semula.

Hanya GERAKAN TANAH AIR (GTA) yang bakal mampu memimpin negara ini secara bersih, cekap dan amanah kerana Tun Dr Mahathir Mohamad kekal berprinsip dulu, kini serta selamanya.

Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad amat konsisten dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara.

Kepentingan kesejahteraan bangsa, negara dan agama adalah agenda utama dalam penghidupan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penghidupan Tun Dr Mahathir Mohamad dapatlah diibaratkan seperti ‘sebatang lilin’ yang senantiasa ‘membakar dirinya’ untuk menerangi penghidupan orang lain.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...