TUN MAHATHIR AMAT IKHLAS BILA TAWAR DIRI TERAJUI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA  

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

تون محضير امت إخلاص بيلا تاور ديري تراجوي مجليس ڤموليهن نڬار

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang bentuk agenda kepentingan peribadi tetapi amat ikhlas kearah membantu menyelesaikan segala kemelut negara khususnya pandemik covid19 serta keruntuhan ekonomi negara.

Dengan niat untuk tidak mempolitikkan Majlis Pemulihan Negara sebab itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau sanggup letak jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG sekiranya dilantik untuk menerajui MPN.

Ini juga satu keputusan yang amat sukar kerana sanggup ketepikan kepentingan dalam parti PEJUANG demi bagi melaksanakan agenda nasional.




Pengerusi parti PEJUANG meletakkan kepentingan bangsa dan negara di atas segalanya.

Bagi menerajui MPN ianya dilakukan secara sukarela dan tidak bergaji.

Di saat negara sedang menghadapi kemelut ekonomi; Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup berkerja dan meminjamkan kepakarannya secara sukarela.

Majlis Pemulihan Negara tidak diujudkan buat selamanya tetapi Majlis Pemulihan Negara akan dibubarkan apabila situasi negara menjadi stabil.

Segala cadangan pelan pemulihan akan dibentangkan dalam parlimen bagi mendapat kelulusannya sebelum dilaksanakan.

Dalam ertikata yang lain; Tun Dr Mahathir Mohamad bukan ‘gila kuasa’ untuk menerajui Majlis ini secara berpanjangan dan apa saja yang bakal dilaksanakan harus mendapat pandangan semua dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu.

KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri Malaysia harus bersetuju untuk mempertimbangkan Majlis ini digubal secara kadar segera serta dan melantik mantan perdana menteri selama dua kali untuk menerajuinya.

Loading...

Sudah dua kali krisis ekonomi dunia pada tahun 1986 serta 1997 telah ditangani secara terbaik mungkin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peringkat awal semua pihak mengutuk dan tidak meyakini  formula penyelesaian Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya tetapi akhirnya semua pihak mengikhtiraf kaedah penyelesaian beliau.

Lihat saja dalam Krisis Matawang yang akhirnya membuatkan George Soros selaku ‘penyangak matawang memuji cara penyelesaian Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kita tidak taksub dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi beliau adalah tokoh terbaik bagi menyelesaikan kemelut permasalahan negara masakini.

Pengumuman kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk membubarkan Pelan Pemulihan Negara digantikan dengan Majlis Pemulihan Negara berdasarkan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sesuatu yang positif.

Cuma kerajaan ‘tebuk atap’ PN harus menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mempengerusikan Majlis ini untuk menjaminkan kejayaan pelaksanaannya.

Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang mempunyai formula serta ramuan terbaik kearah membantu bangsa serta negara membangunkan semula Malaysia Baharu demi menjaminkan kelangsungan kesejahteraan masa depan negara.

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...