Khairuddin Abu Hassan
تون محضير اركيتيك مموليهكن نڬارا، داعتراف مجله ءتيه فوربيسء انتارا ڤميمڤين برڤڠاروه دنيا
Pada usia 97 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad tiada sebarang bentuk kepentingan peribadi kecuali untuk membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Sekali lagi dan kemungkinannya buat kali terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu memakmurkan semula kestabilan politik serta ekonomi negara demi kesejahteraan masa depan anak cucu kita.
Beliau mampu melakukan transformasi ‘Malaysia Baharu’ kerana pengalaman yang amat luas dalam pesada politik dari tahun 1946 dan mempunyai visi ekonomi yang mantap bagi menebus semula maruah negara yang sedang dipandang hina oleh dunia luar kini.
Semua pihak termasuk rakyat jelata mahupun orang-orang politik harus sambut baik tawaran ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad demi masa depan gemilang bangsa dan negara.
Kita harus mempergunakan kepakaran Tun Dr Mahathir Mohamad dakam bidang politik serta ekonomi ke arah menyokong tawaran ikhlas beliau untuk balik sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga sekurang-kurangnya hanya untuk dua tahun saja.
Kini bukan soal seronok untuk menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi ianya adalah berteraskan kemampuan seseorang untuk menggalas tanggungjawab secara bersih, cekap dan amanah bagi memimpin negara.
Dunia luar masih meminjam kepakaran dan buah pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menjemput beliau ke serata dunia berkongsi pengalaman di pentas antarabangsa.
Anwar Ibrahim memohon untuk mengadap pemimpin-pemimpin antarabangsa tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput untuk berjumpa dengan ketua-ketua negara negara luar.
Memohon untuk mengadap adalah berbeda dengan dijemput oleh tokoh-tokoh pemimpin antarabangsa.
Tiada siapa yang boleh memadamkan fakta serta rekod cemerlang Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin negara selama 22 tahun dahulu.
Pengikhtirafan The Forbes yang mengikhtiraf dan menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad di carta tokoh pemimpin dunia yang ke empat puluh tujuh berpangaruh menceritakan segala-galanya.
Kita perlu bersatu hati kali ini untuk memilih Tun Dr Mahathir Mohamad balik sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga dengan nawaitu bersama bagi menebus semula maruah bangsa dan negara.
Ini bukan masa untuk menidakkan fakta yang hakikat tetapi ini adalah masanya bagi kita semua bersatu hati serta berjiwa besar ke arah membina semula negara sehingga menjadi kuasa baharu yang dikenali sebagai ‘Harimau Asia.’
Penghidupan Tun Dr Mahathir Mohamad amat sederhana dan beliau telah mempunyai segalanya.
Sesungguhnya, tiada sebarang bentuk agenda kepentingan peribadi pada Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi semata-mata hendak selamatkan negara kita dari terus hancur lebur.
Asalkan Allah swt masih menganugerahkan kesihatan terbaik dan minda tajam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad masih layak untuk memimpin negara ini.
Selagi dunia luar masih tidak yakin dengan degan tokoh pemimpin utama negara kita maka selagi itulah sukar bagi membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Semua parti-parti politik di negara kita harus berhenti main politik tetapi mesti balik ke ‘drawing board’ untuk memilih tokoh pemimpin yang benar-benar layak menerajui kepimpinan negara selepas PRU15.
Rakyat perlukan negara yang stabil politiknya dan kuat di bidang ekonomi bagi menjaminkan masa depan yang gemilang untuk memakmurkan penghidupan seharian rakyat jelata.
Mantan Perdana Menteri ini mempunyai ‘midas touch’ bagi membangunkan semula bumi Malaysia yang tercinta ini.
Jangan sama sekali izinkan rakyat terkubur dengan keruntuhan negara yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin korup.
Anak cucu kita perlukan sebuah negara Malaysia yang progresif tetapi bukan negara kleptokrasi.
Yakinilah dengan keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin semula negara secara cemerlang hanya untuk dua tahun saja lagi sebelum mengalihkan kepimpinan negara kepada tokoh-tokoh pemimpin pelapis yang berkebolehan serta amanah.
Izinkan Tun Dr Mahathir Mohamad lakarkan satu ‘roadmap’ dan pelan induk baru sebelum tokoh pemimpin pelapis yang bersih, cekap dan amanah ambil-alih kepimpinan negara ini dari Tun Dr Mahathir Mohamad buat selamanya.
Semangat solidariti sesama kita bagi memilih tokoh pemimpin yang benar-benar efektif akan berjaya memacu semula negara ini ke era yang lebih gemilang lagi terbilang di mata dunia luar.
Arkitek terbaik bagi memulihkan semula negara ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebab itulah Allah swt masih meminjamkan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada bumi Malaysia untuk menyelesaikan perjuangan yang belum selesai.
