TUN MAHATHIR BERJAYA KUMPUL DUTA-DUTA NEGARA OIC YANG BERJIRAN DENGAN PALESTINE

Khairuddin Abu Hassan

تون محضير برجاي كومڤول دوتا-دوتا نڬارا اوءيچ يڠ برجيرن دڠن ڤلسطيناي

Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya berjumpa dengan Duta-Duta dari negara-negara OIC yang berjiran dengan negara Palestine untuk berbincang mengenai permasalahan serta masa depan rakyat Palestine.

Inilah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa membela negara-negara Islam yang ditindas oleh kalangan tertentu.




Perjuangan membela kebajikan dan kesejahteraan ummah sejagat merupakan agenda utama Tun Dr Mahathir Mohamad dari dulu, kini dan selamanya.

Inilah kehebatan serta keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamad yang senantiasa berjuang secara senyap-senyap tanpa mahu diwar-warkan untuk publisiti murahan.

Pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad amat kuat dan senantiasa dihormati oleh pemimpin-pemimpin Islam dari negara-negara OIC.

Duta-duta dari Palestine, Mesir, Jordan, Syria, Lebanon dan wakil-wakil dari pertubuhan Arab League telah hadir meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tetamu kehormat.

Kesemua pemimpin-pemimpin Islam dari negara-negara tersebut memuji ketegasan mahupun konsistensi wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membela negara Palestine kearah memperolehi hak-hak sebenar mereka.

Inilah kewibawaan tokoh negarawan yang berumur 96 tahun yang tetap relevan kepada perjuangan ummah sejagat.

Majlis perjumpaan secara tertutup tersebut juga telah berjaya membuahkan pandangan-pandangan  bernas Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu disanjungi oleh semua Duta-Duta dari negara-negara OIC.

Loading...

Malahan beberapa orang Duta-Duta tersebut menyatakan bahawa mereka tidak tahu apa lagi hendak dicakapkan selepas mendengar percambahan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai permasalahan serta masa depan negara Palestine.

Majlis perjumpaan dengan Duta-Duta dari negara-negara OIC ini juga dihadiri oleh Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...