‘Tun Mahathir buat tiga keputusan bijak dan tepat’

Datuk Seri Kairuddin Abu Hassan (kiri), Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan). Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

Tokoh negarawan terulung yakni Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat tiga keputusan yang bijak dan tepat kebelakangan ini.

Pertamanya, bila mengumumkan blok beliau sebagai ‘blok bebas’ tanpa terikat pada PH ataupun PN telah melonjakkan geraf popularitinya kerana majoriti daripada rakyat sudah mual serta jelek samada dengan PN ataupun PH.

Pendirian politik masakini Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendapat sokongan yang memberangsangkan sebagai alternatif baru kepada keseluruhan akar umbi di tanahair kita.




Pembacaan politik Tun Dr Mahathir Mohamad yang tepat ini telah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kumpulan beliau.

Keduanya, keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru amat dinantikan oleh keseluruhan lapisan masyarakat yang kecewa dengan pelbagai parti-parti politik yang lebih mementingkan kepentingan diri dari perjuangan kearah untuk selamatkan Malaysia yang tercinta ini.

Tambahan pula, parti baru yang bakal didaftarkan ini tetap berdiri sebagai ‘blok bebas’ turut disenangi oleh rakyat malaysia yang menentang penubuhan kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang mengkhianati mandat pengundi pada pru14 yang lepas.

Manakala, PH yang sedang diterajui oleh Anwar Ibrahim sedang mengalami tahap kemelesetan serta perpecahan dalaman kerana faktor penolakan kepimpinannya.

Rakyat Malaysia juga semakin mengenali siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya dan semakin tidak boleh terima lagi kepimpinannya.

Pada realitinya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi dalam senario politik tanahair!! Ramai yang beranggapan selagi Anwar Ibrahim berpolitik maka selagi itulah keadaan politik negara akan kucar-kacir.

Yang ketiganya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan diri beliau selaku Pengerusi manakala Dato Seri Mukhriz sebagai Presiden parti baru; pendirian ini amat disenangi oleh semua pihak khususnya kalangan pengundi baru dari ‘gen y’.

Loading...

MAlah, pemilihan Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai Presiden parti baru kelak; bakal memudahkan daya-usaha untuk tarik golongan ‘gen y’ atau pengundi baru dari generasi muda bagi menganggotai parti ini.

Untuk makluman, seramai lebih kurang 7.5 juta orang dari kumpulan ini bakal menjadi pengundi baru pada pru15 nanti.

Dato seri mukhriz mahathir dapat dijadikan sebagai ikon kepada ramai anak muda serta beliau mempunyai ciri-ciri tersebut secara ‘natural.’

Keputusan tepat yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang strategis politik yang mempunyai banyak pengalaman kearah untuk membenamkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN dalam masa terdekat ini.

‘Response’ dari akar umbi khususnya dari golongan generasi muda semalam amat memberangsangkan,Insya-Allah, parti baru ini sedang berada di landasan yang tepat kearah mengambil-alih kerajaan di Putrajaya. Ameen.

Sebab itu kita sering menasihati kawan-kawan lama agar jangan sama sekali pandang remeh pada kebijaksanaan percaturan politik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran tanpa sebarang bentuk kepentingan diri.

Sekali imbas kita dapat lihat secara jelas bahawa tun dr mahathir mohamad akan sekali lagi berjaya untuk menumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN natijah dari pengkhianatan sebilangan rakan-rakan dalam PH yang berjuang di saf yang sama pada suatu masa dahulu.

Golongan opportunis ini meletakkan kepentingan peribadi di atas segalanya.Dalam sikit masa lagi kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan hilang jumlah sokongan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan kerajaan ‘pintu belakang’ ini bakal tumbang dengan sendirinya.

Ramai daripada rakan-rakan yang sudah ‘sedar’ akan kesilapan mereka sudah berhubung serta bersedia untuk buat ‘pusingan U’ bagi menyokong wadah perjuangan murni Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membina semula ‘Malaysia Baharu!!’

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...