Tun Mahathir harus ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumber (gambar). TTF

Khairuddin Abu Hassan

تون محضير هاروس ڬنتي انور سباڬاي كتوا ڤمبڠكڠ

Anwar Ibrahim sudah terbukti gagal sebagai ketua pembangkang.

Selama ini Anwar Ibrahim hanya menipu, malahan, KDYMM Agong pun Anwar Ibrahim sanggup menipu.

Lihat saja pengundian dalam Dewan Rakyat terbukti Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan yang mencukupi untuk dia jadi perdana menteri.




Harap Istana Negara dapat lihat secara jelas bahawa Anwar Ibrahim hanya menipu selama ini!! Dia tidak mempunyai cukup bilangan ahli-ahli parlimen yang menyokongnya.

Apa saja bentuk pengundian rang undang-undang peringkat jawatankuasa; pihak pembangkang akan terus tewas selagi Anwar Ibrahim masih menjadi ketua pembangkang.

Ketua pembangkang telah berjaya ‘dicucuk hidung’ dan ‘dijinakkan’. Beliau terpaksa akur kepada setiap kemahuan kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk mengelakkan dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang!! Beliau banyak masalah peribadi.

Pihak pembangkang tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang bermasalah. Ketua pembangkang yang lemah akan juga melemahkan keseluruhan blok pembangkang.

Sebab itulah jawatan ketua pembangkang mesti diterajui oleh pemimpin yang benar-benar bersih, berprinsip serta berintegriti.

Calon terbaik bagi menerajui selaku ketua pembangkang adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Barisan pembangkang akan menjadi kuat dan dihormati sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat jawatan tersebut.

Loading...

Parti Warisan juga tidak akan mengundi rang undang-undang di peringkat jawatankuasa kerana tidak mahu mengambil risiko jika kerajaan ‘tebuk atap’ PN tumbang; Anwar Ibrahim akan jadi perdana menteri.

Sebab itu pada hari isnin ramai daripada ahli-ahli parlimen Warisan tidak hadirkan diri.

Lihat saja ahli-ahli parlimen Warisan yang tidak hadir pada pengundian secara blok untuk rang undang-undang bajet JPM dan kementerian kewangan terdiri dari wakil-wakil rakyat Papar, Labuan, Lahad Datu, Kota Belud, Sepanggar, Kalabakan dan Penampang.

Ini adalah satu manifestasi semua orang tidak mahu Anwar Ibrahim jadi calon perdana menteri.

Malahan, ahli-ahli PKR yang tidak hadir terdiri dari Tawau, Putatan serta Miri.Ahli parlimen Sri Aman dari parti PSB juga tidak hadir.

Jangan buang masa lagi dengan Anwar Ibrahim. Beliau pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya dalam masa tujuh hari gagal untuk ambil-alih kerajaan akan letak jawatan dalam PH.

Hari khamis ini semua ketua-ketua parti komponen PH harus mendesak Anwar Ibrahim untuk letak jawatan kerana mustahil Anwar Ibrahim boleh tumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Yang boleh tumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN dengan izin Allah swt adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Insyaallah, Ameen.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...