Tun Mahathir lebih berprinsip ketika jadi Presiden UMNO – Noh Omar

Noh berkata, ketika zaman Dr Mahathir juga, sekiranya mahu memecat mana-mana ahli atau pemimpin, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dibincang dan dibahas. Sumber (gambar): FMT

تون محضير لبيه برڤرينسيڤ كتيك جادي ڤريسيدن امنو – نوه عمر

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar memuji kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui UMNO yang disifatkan lebih berprinsip.

Beliau berkata, ketika zaman Dr Mahathir sebagai Presiden parti, mana-mana pemimpin parti yang berdepan pendakwaan mahkamah akan digantung secara automatik oleh parti sehingga kes selesai.

“Saya lihat zaman Dr Mahathir jadi Presiden parti, mana-mana pemimpin parti apabila kena dakwa, automatik digantung, tak kiralah Datuk Seri Mohd Khir Toyo atau Tan Sri Rahim Tamby Chik, tetapi hari ini sudah terbalik.

“Yang ada kes terus dapat jawatan, terus menang tanpa bertanding,” katanya pada sesi Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana.


PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar memuji kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui UMNO yang disifatkan lebih berprinsip.

Beliau berkata, ketika zaman Dr Mahathir sebagai Presiden parti, mana-mana pemimpin parti yang berdepan pendakwaan mahkamah akan digantung secara automatik oleh parti sehingga kes selesai.




Katanya, keadaan dalam UMNO ketika ini sudah terbalik apabila individu berdepan kes mahkamah masih memegang jawatan, malah turut menang tanpa bertanding.

“Saya lihat zaman Dr Mahathir jadi Presiden parti, mana-mana pemimpin parti apabila kena dakwa, automatik digantung, tak kiralah Datuk Seri Mohd Khir Toyo atau Tan Sri Rahim Tamby Chik, tetapi hari ini sudah terbalik.

“Yang ada kes terus dapat jawatan, terus menang tanpa bertanding,” katanya pada sesi Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

TONTON: ROS DILAPORKAN BUAT KEPUTUSAN BOLEH BERTANDING JAWATAN PRESIDEN

TONTON JUGA: SIAPA BERCAKAP BENAR, ZAHID ATAU PORTAL PRO-UMNO?

Hadir sama, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Mengulas lanjut, Noh berkata, UMNO yang turut menguasai kerajaan ketika itu juga turut mendapat penghormatan pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Walaupun dalam Perlembagaan UMNO tidak disebut mana-mana yang didakwa mesti digantung, tetapi itu menjadi amalan kita.

“Sebab itu nampak bagus UMNO ini walaupun tiada undang-undang, mana-mana pemimpin yang berdepan tindakan jenayah digantung.

Loading...

“Ini kerana bagi pegawai kerajaan yang didakwa di mahkamah atau berdepan tindakan tatatertib, mereka turut berdepan tindakan gantung.

“Jadi kalau melihat keadaan sekarang, bagaimana pegawai kerajaan nak hormat pemimpin UMNO, kalau yang didakwa pun masih pegang jawatan,” katanya.

Noh berkata, ketika zaman Dr Mahathir juga, sekiranya mahu memecat mana-mana ahli atau pemimpin, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dibincang dan dibahas.

“Ini berbeza dengan sekarang, masuk mesyuarat, tiba-tiba umum orang ini dipecat.. orang itu digantung, ia berbeza prosedur berbanding dulu,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, MKT UMNO memecat Noh apabila beliau mencabar Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Penggantungan keahlian Noh disebabkan 16 pertuduhan dihadapinya kerana mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, ditanya sama menerima tawaran menyertai mana-mana parti politik, Noh berkata, setakat ini masih belum ada tawaran, namun menumpukan fokusnya sebagai penceramah bebas.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...