Tun Mahathir letak jawatan, Pakatan Harapan runtuh

Menurut laporan, Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini. Sumber (gambar): Fail TTF

تون محضير لتق جاوتن، ڤاكتن هارڤن رونتوه

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, tengah hari tadi menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan parti berkenaan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Dalam perkembangan lain, seramai 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan untuk membentuk blok baru yang bebas di Parlimen.

TTF diberitahu lebih ramai lagi dijangka meninggalkan PKR dalam masa terdekat bagi menyertai blok Azmin.

Dengan pengunduran seramai 37 ahli parlimen dari PPBM dan PKR sehingga kini, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan secara teknikalnya sudah runtuh walaupun perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi.


PETALING JAYA: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, tengah hari tadi menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi.




Menurut laporan, Mahathir dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 5 petang ini.

Sementara itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan parti berkenaan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

Sebelum itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengumumkan pemecatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti atas ‘pengkhianatan terbuka’ mereka.

Menurut Saifuddin, pemecatan itu bermakna jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mohamed Azmin dan Zuraida sebagai Naib Presiden turut terlucut.

Dalam perkembangan lain, seramai 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan Pakatan Harapan untuk membentuk blok baru yang bebas di Parlimen.

TTF diberitahu lebih ramai lagi dijangka meninggalkan PKR dalam masa terdekat bagi menyertai blok Azmin.

Mereka adalah Mohamed Azmin Ali iaitu Ahli Parlimen Gombak, Zuraida (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok) ,Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Loading...

Dengan pengunduran seramai 37 ahli parlimen dari PPBM dan PKR sehingga kini, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan secara teknikalnya sudah runtuh walaupun perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...