Khairuddin Abu Hassan
تون محضير تق ڤرنه جمڤوت تڠكو ءڤلسوء عدنان ماسوق ڤڤبم
Hakikatnya, Tengku Adnan Mansor sedang mereka-cerita dan menipu secara sahih kononnya dia didakwa dimahkamah kerana tidak mahu tunduk atau menuruti kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad bagi beliau tinggalkan parti UMNO pada waktu itu.
Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas menolak puak kleptokrats dan korup ini! Bila masa Tun Dr Mahathir Mohamad nak jemput atau menyuruh Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor masuk PPBM di waktu tersebut?
Tetapi puak kleptokrats dan korup ini yang beberapa kali berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menawarkan kerjasama yang ditolak secara tegas oleh mantan perdana menteri ini.
Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor terlalu kotor dan jijik dari kaca-mata rakyat!! Rakyat jelata melihat Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor sebagai sebahagian dari tokoh pemimpin kleptokrats yang tidak boleh diterima sama sekali.
Beliau adalah manusia yang lupa sejarah. Dulu Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor adalah manusia haprak saja.
Disebabkan oleh beliau seorang manusia yang ‘muka tembok’ dan ‘berkulit kerbau’ senantiasa menghampiri tTun Dr Mahathir Mohamad untuk mencari makan dan akhirnya banyak dibantu serta jadi sepertimana beliau pada hari ini.
Namun, saya tidak menafikan kebolehan serta ilmu ‘mengampu’ Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor yang cukup tinggi di mana akhirnya beliau pandai ambil kesempatan untuk kepentingan diri semata-mata.
Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor lupa bahawa beliau berjaya pada hari ini atas jasa Tun Dr Mahathir Mohamad. Dulu dia makan di telapak tangan tTun Dr Mahathir Mohamad.
Malangnya, pada hari ini Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor menjadi terlalu angkuh dan lupa jasa serta bakti Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap beliau.
Hari ini Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor menipu secara terang-terangan!! Sanggup memfithah serta memburuk-burukkan tTun Dr Mahathir Mohamad. Inilah manusia yang tidak tahu untuk mengenang budi.
Tidak pernah pun Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bekerjasama dengan puak kleptokrats dan sebab inilah beliau menolak tawaran tan sri mahiaddin md yasin untuk menganggotai sebahagian dari kerajaan’tebuk atap’ PN serta terus menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.
Ini bukti yang cukup jelas bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tolak puak kleptokrats serta kluster mahkamah. Jadi, bila yang Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor untuk berjuang bersama beliau?
Pendustaan Tengku ‘palsu’ Adnan Mansor tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. Sesungguhnya juga, beliau hanyalah ‘kaki putar belit’ untuk cuba membersihkan namanya yang terlalu jijik di kacamata rakyat.
WAJIB BACA:
