Tun Mahathir: Tiada pemimpin UMNO layak jadi Timbalan Perdana Menteri

Mahathir memberitahu, kalau ada pun daripada UMNO yang sesuai dilantik untuk jawatan berkenaan, hanyalah ahli biasa. Sumber (gambar): Fail TTF

تون محضير: تياد ڤميمڤين امنو لايق جادي تيمبالن ڤردان منتري

Sertai INSTAGRAM TTF di sini

Tiada pemimpin UMNO yang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana kebanyakan mereka dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut pemerhati politik, pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu memperkasakan hala tuju dan kekuatan parti itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


KUALA LUMPUR: Tiada pemimpin UMNO yang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana kebanyakan mereka dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang.




“Tiada yang layak. Sebab semua terlibat dengan perbuatan yang salah.

“Ada yang sudah dihukum, sedang dihadap ke mahkamah. Ada juga yang berdepan macam-macam tuduhan tapi belum (dihadapkan) ke mahkamah lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dr Mahathir memberitahu, kalau ada pun daripada UMNO yang sesuai dilantik untuk jawatan berkenaan, hanyalah ahli biasa.

“Tapi ahli biasa nak jadi Timbalan Perdana Menteri, susah sikitlah,”

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut pemerhati politik, pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu memperkasakan hala tuju dan kekuatan parti itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana dengan adanya Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO, ia mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Loading...

Pertembungan sedemikian jika tidak ditangani akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU.

Sumber:

WAJIB BACA: 

Titah Agong terkini tamparan kencang buat kerajaan pimpinan Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...