TUN MAHATHIR TOKOH PERTAMA TUNJUKKAN POLITIK MATANG DAN JALAN DAMAI

Khairuddin Abu Hassan

تون محضير توكوه ڤرتام تونجوقكن ڤوليتيك ماتڠ دان جالن داماي

Sebelum PH berjumpa dengan YAB Perdana Menteri sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh negarawan yang pertama mempamirkan sikap politik matang.

Sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad seringkali keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi hanya fokus bagi menubuhkan Majlis Pemulihan Negara kearah menyelesaikan semua permasalahan negara masakini.




Tun Dr Mahathir Mohamad hanya ingin memacu Majlis Pemulihan Negara bagi menyelesaikan polimik pandemik Covid19, kejatuhan ekonomi negara, lanskap politik yang caca merba, mempelajari pelajaran melalui e-learning, permasalahan sosial serta seluruh faktor kesengsaraan rakyat jelata.

Atas dasar ini Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati semua pihak agar jangan sabotaj penubuhan kerajaan baru.

Tetapi dalam masa yang sama kita semua amat berharap pemimpin-pemimpin baru dapat diketengahkan untuk memantapkan barisan kepimpinan baru negara.

Nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar usul undi percaya kepada perdana menteri di Parlimen sudah tidak diperlukan lagi demi mengelak dari berlakunya secara berpanjangan perebutan kuasa di kalangan parti-parti politik.

Situasi ini juga akan berjaya untuk mengujudkan ‘cooling off period’ kearah menurunkan suhu politik negara dan semua pihak boleh memberi tumpuan kearah memantapkan pentadbiran negara demi kesejahteraan masa depan bangsa mahupun negara.

Adalah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tokoh negarawan yang pertama merintis kearah penyatuan nasional kerana semangat beliau hanya semata-mata mahu menyelesaikan segala permasalahan yang di hadapi oleh rakyat di negara kita.

Sebab itu keseluruhan rakyat berdoa agar YAB Perdana Menteri bersetuju menasihati KDYMM Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang nampak begitu ikhlas bagi membantu kerajaan, negara serta rakyat menyelesaikan polimik masakini.

Loading...

Semua pihak harus berpegang kepada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti main politik yang memecah-belahkan kita tetapi fokus membantu kerajaan kearah memakmurkan semula Malaysia Baharu.

WAJIB BACA:

Hanya satu sebab Muhyiddin sokong Ismail Sabri, itu pun dijangka tidak bertahan lama



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...