Tun nampak sangat tak selesa mengenai isu Scorpene yang dibangkitkan kem PKR

Syed Agil Jamalullail

Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan nampak beria-ia nak siasat isu Scorpene dan Altanyuya (dikatakan jurubahasa pembelian Scorpene), paling ketara ialah Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tapi kenapa Tun nampak macam tak happy saja?

Tadi, BERNAMA melaporkan bahawa Tun masih belum keluarkan permohonan ekstradisi terhadap Sirul. Tetapi kenapa nampak seolah-olah keberatan apabila Australia sendiri memberitahu akan menghantar pulang Sirul?

Adakah kerana perbincangan Scorpene bermula sejak 1991 dan diluluskan oleh Menteri Kewangan pada 1995, tak lain tak bukan Anwar Ibrahim (didedahkan oleh Zahid Mat Arip, org kuat Tun dan juga calon PRU14 PPBM)?

Atau adakah ianya kerana Tan Sri Mokhzani Mahathir pernah memiliki syarikat Perimekar Sdn Bhd – iaitu syarikat yang dikatakan sapu komisyen yang tinggi?

Adakah ianya kerana Tun meninjau sendiri Scorpene ketika LIMA’97 dan kemudian menulis surat kepada Michael Rochard, Pemimpin Perancis, mengenai minat Malaysia dan berbincang mengenai rundingan hak Malaysia Airlines (“MAS”) mendarat di Paris sebagai timbal balik kepada pembelian Scorpene? (Rujuk buku Tun, “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218)

Atau adakah kerana Sirul Azhar juga pernah menjadi pengawal peribadi Tun, malah mungkin lebih lama daripada Pak Lah dan Dato’ Seri Najib Tun Razak?

P/s: Ada ura-ura mengatakan kem Tun sangat tak selesa mengenai isu Scorpene yang dibangkitkan oleh kem PKR terutamanya Anwar.. 

AllahuA’alam

Comments

Comments