Tunggu kenyataan rasmi Istana Negara

Raggie Jessy Rithaudeen

توڠڬو كڽاتأن راسمي ايستان نڬارا

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai telah menyentuh isu pembubaran parlimen ketika menghadap Yang Di-Pertuan Agong petang tadi.




Namun, adalah tidak pasti jika tarikh spesifik pembubaran parlimen atau tarikh spesifik Pilihan Raya Umum ke-15 turut telah dibincangkan.

Justeru, adalah wajib bagi semua pihak tidak mendahului Yang Di-Pertuan Agong dan menunggu kenyataan rasmi dariapada Istana Negara.

Ini termasuklah pemimpin-pemimpin blok kerajaan dan pembangkang.

Terdapat banyak kemungkinan berkenaan perkara yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada Yang Di-Pertuan Agong, dan banyak lagi kemungkinan berhubung keputusan akhir Seri Paduka Baginda Tuanku.

Yang penting, jangan ada pihak cuba mendahului Istana Negara, kerana situasi sebenar tidak semestinya seperti yang disangkakan atau dijangkakan.

Hormatilah kemuliaan Institusi Diraja.

Daulat Tuanku!!

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...