Tunku Aziz: DAP ‘ejen’ penyebar berita palsu

TTF: Kenyataan Tunku Aziz sepertimana disiarkan oleh Malaysia Outlook

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa kononnya UMNO dan Barisan Nasional merupakan `penyumbang’ kepada berita palsu di negara ini.




Menurutnya, DAP yang menjadi `ejen’ penyebar berita palsu menerusi tentera siber mereka, Red Bean Army (RBA) sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, penyebaran berita palsu yang digerakkan oleh DAP cukup dahsyat sehingga pada suatu tahap ditafsirkan sebagai fitnah bertujuan mahu menjatuhkan kepemimpinan dan mencalarkan imej negara.

“Kita memang tidak bersetuju dengan cara DAP mereka-reka berita palsu, mereka lakukannya hampir setiap hari dengan bermacam-macam dakwaan sehingga menyebabkan status negara kita jatuh.

“Sebagai contoh, bertahun-tahun mereka dakwa negara ini bankrap, itu bukan berita palsu ke? Negara yang maju seperti ini didakwa mereka bankrap,” katanya yang dipetik Utusan Online.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu sebagai tidak meningkatkan keyakinan rakyat kerana kerajaan BN serta UMNO merupakan penyumbang terbesar berita palsu di negara ini.

BACA LIPUTAN SELANJUTNYA DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...