Tunku Mahkota Johor mahu jumpa pengurusan sekolah ‘asing sukan ikut kaum’ esok

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sumber (gambar): Fail TTF

تونكو مهكوتا جوهر ماهو جومڤا ڤڠوروسن سكوله عاصيڠ سوكن ايكوت قومء ايسوق

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menemui pengurusan sebuah sekolah di Batu Pahat, selepas ia memohon maaf kerana melaksanakan dasar pengasingan kaum untuk aktiviti kokurikulum pelajarnya.

Tunku Ismail membayangkan isu itu selesai susulan permohonan maaf oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar semalam.

Pengurusan SMK Dato’ Bentara Luar semalam memohon maaf dan mengakui terlepas pandang terhadap isu perkauman yang timbul daripada syarat dikenakan kepada pelajar tingkatan satu untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

Ia turut menarik balik dan membatalkan pendaftaran dalam talian menggunakan Google Forms yang dimuatnaik 15 April lalu bagi tujuan penambahbaikan.


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu menemui pengurusan sebuah sekolah di Batu Pahat, selepas ia memohon maaf kerana melaksanakan dasar pengasingan kaum untuk aktiviti kokurikulum pelajarnya.

Tunku Ismail membayangkan isu itu selesai susulan permohonan maaf oleh pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar semalam.




“#selesai, jumpa esok,” tulis TMJ sambil menyertakan kenyataan mohon maaf sekolah itu.

Kontroversi tercetus selepas surat yang dikeluarkan sekolah itu bagi pendaftaran kokurikulum pelajar tingkatan satu meletakkan syarat kaum, contohnya bola sepak dan sepak takraw untuk pelajar lelaki Melayu saja, manakala bola keranjang hanya untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina.

Hoki hanya terbuka kepada pelajar yang tinggal di asrama, manakala pelajar perempuan Melayu hanya boleh menyertai kelab bola jaring.

Sukan seperti bola baling, boling, petanque dan badminton bagaimanapun terbuka kepada semua kaum.

Susulan itu, pengurusan SMK Dato’ Bentara Luar memohon maaf dan mengakui terlepas pandang terhadap isu perkauman yang timbul daripada syarat dikenakan kepada pelajar tingkatan satu untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum.

Ia turut menarik balik dan membatalkan pendaftaran dalam talian menggunakan Google Forms yang dimuatnaik 15 April lalu bagi tujuan penambahbaikan.

Sumber:

Loading...

MUST READ:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...