Ugut-mengugut berleluasa dalam Pakatan Harapan

Pendedahah Mat Sabu tentang ketirisan bernilai lebih RM500 juta dalam 16 projek Land Swap di Kementerian Pertahanan sebenarnya ditujukan kepada Mahathir kerana ketika 16 projek yang dikatakan tiris itu berlaku, Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia. Sumber (gambar): The Coverage

“PAS harus ambil iktibar, jangan sesekali percaya kepada pemimpin munafik seperti Mahathir. Hari ni dia minta tolong, esok lusa dimakinya pula hangpa. Pemimpin munafik ni lebih bahaya dari pemimpin kafir harbi”

Wan Suhaijie Aupn

Kalau anda semua perasan, pada mulanya, Mahathir mendedahkan bahawa dia buat pertemuan dengan Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agong PAS Dato’ Haji Takiyudin Hassan di Putrajaya. Kemudian daripada itu, Takiyuddin pula mendedahkan bahawa dalam pertemuan tersebut, Mahathir ada sebut kononnya ada dua parti dalam Pakatan Harapan yang sedang merancang gerakan-gerakan untuk menusulkan undi tak percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac ini. Takiyuddin turut menjelaskan bahawa kesemua 18 Ahli Parlimen PAS sepakat akan mempertahankan Mahathir dari digulingkan sekiranya usul undi tak percaya tersebut dilakukan. 

Selepas itu, tiba-tiba pula muncul Menteri Pertahanan (Menhan) Mat Sabu buat sidang media tentang ketirisan bernilai lebih RM500 juta dalam 16 projek Land Swap di Kementerian Pertahanan. Pendedahan tersebut sebenarnya ditujukan kepada Mahathir kerana ketika 16 projek yang dikatakan tiris itu berlaku, Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia dan bukannya  di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Selepas itu pula, tiba-tiba nada Mahathir mula berubah dan kembali menyerang PAS. Mahathir berulangkali menyerang PAS kononnya PAS tidak menepati janji, belot serta tidak boleh dipercayai. Tiga empat kali juga Mahathir mengulangi serangannya terhadap PAS. Selepas itu Menhan tiba-tiba muncul lagi buat kejutan, kali ini, mendakwa kononnya TIADA KEPERLUAN untuk Kementerian Pertahanan buat laporan Polis terhadap 16 projek land swap yg dikatakan tiris lebih dari RM500 juta itu. 

Dari kronologi di atas, adakah anda perasan bagaimana kegiatan UGUT – MENGUGUT sedang berleluasa di dalam PH hari ini? Mahathir MENGUGUT untuk bekerjasama dengan PAS hingga membuatkan PAN terguris hati kerana Mahathir membuat ‘deal’ dengan musuh ketat PAN. Kemudian Presiden PAN pula menggunakan kedudukannya sebagai Menhan untuk londeh Mahathir bulat-bulat dengan MENGUGUT untuk membuat laporan mengenai ketirisan, atau bahasa mudahnya, RASUAH yang membabitkan 16 projek di dalam Kementerian Pertahanan di zaman pemerintahan Mahathir. 


Akhirnya, Mahathir terpaksa mengalah dan menyerang PAS bagi menunjukkan taat setianya bersama PAN. Apabila melihat U-Turn Mahathir, Presiden PAN, Mat Sabu, tiba-tiba menarik ‘handbrake’ dengan menarik balik ugutannya untuk membuat laporan Polis terhadap isu RASUAH 16 Projek Land Swap Kementerian Pertahanan. Inilah sandiwara wayang tongkoi yang sedang berlaku dalam PH hari ini. Masing-masing mahu cantas cah keting sesama sendiri. 

Mat Sabu tiba-tiba menarik ‘handbrake’ dengan menarik balik ugutannya untuk membuat laporan Polis terhadap isu RASUAH 16 Projek Land Swap Kementerian Pertahanan di bawah zaman Mahathir dulu. Sumber (gambar): Wan Suhaijie Aupn

Apa-apa pun, rata-ratanya, rakyat hari ini boleh lihat sendiri sikap pemimpin-pemimpin PH yang walaupun mengaku ANTI RASUAH, apabila melibatkan RASUAH di kalangan mereka sendiri, boleh habaq kata tiada keperluan untuk report Polis dan SPRM. PAS harus ambil iktibar, jangan sesekali percaya kepada pemimpin munafik seperti Mahathir. Hari ni dia minta tolong, esok lusa dimakinya pula hangpa. Pemimpin munafik ni lebih bahaya dari pemimpin kafir harbi.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...