Ugutan Menteri serius, bakal bawa padah

Amat jelas kenyataan Radzi bermotifkan ugutan dan bercanggah dengan pengakuan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. Sumber (gambar): Fail TTF

“Radzi seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengadakan pertemuan dengan guru-guru yang enggan divaksin bagi mendengar keluhan mereka dan mengambil langkah-langkah susulan yang sewajarnya bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pada pendidik. Jika perkara semudah ini pun tidak dapat dilaksanan, tidak hairanlah rakyat begitu meluat dengan pentadbiran masakini dan tidak sabar untuk mengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 bagi menendang keluar gerombolan gagal dari tampuk kepimpinan negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

رعيت ملوات، اوڬوتن منتري باكل باوا ڤده

Rakyat sudah sedia meluat dengan gerombolan gagal yang membentuk blok kerajaan disebabkan dasar sogokkan kuasa dan kedudukan serta politik ugutan yang diamalkan.

Kini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sedang menambah kemarahan rakyat menerusi ugutannya terhadap guru yang menolak untuk divaksin.




Semalam, Radzi mengumumkan bahawa guru yang menolak vaksin COVID-19 mungkin ditukar jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas.

Menurutnya, pihak kementerian sedang melihat cara untuk membawa keluar guru terbabit dari sekolah yang bermasalah dan antara penyelesaian ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

Radzi berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan pertukaran tempat mengajar, termasuk membabitkan perpindahan antara negeri mungkin terpaksa dilakukan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Persoalannya, negeri kayangan manakah yang kebal Covid-19 sampai tidak kisah jika guru yang dipindahkan sudah divaksin atau tidak?

Bukan hanya kenyataan Radzi tidak masuk akal, ianya jelas memaparkan dasar suka mengugut, menakut-nakutkan dan menghukum sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan kerajaan tanpa menyelidik pertimbangan yang lebih rasional dalam menyelesaikan satu-satu masalah.

Dasar ini diwarisi dari pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan perkara ini tidaklah menghairankan memandangkan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri seakan-akan sama dengan pentadbiran terdahulu yang gagal.

Amat jelas kenyataan Radzi bermotifkan ugutan dan bercanggah dengan pengakuan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Loading...

“Kerajaan Malaysia menetapkan pengambilan vaksin ini adalah sukarela, tiada paksaan. Jadi, kalau seorang itu namanya sudah ada dalam senarai, dia tidak mahu ambil vaksin… itu terpulang pada dia,” katanya.

Radzi seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengadakan pertemuan dengan guru-guru yang enggan divaksin bagi mendengar keluhan mereka dan mengambil langkah-langkah susulan yang sewajarnya bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pada pendidik.

Jika perkara semudah ini pun tidak dapat dilaksanan, tidak hairanlah rakyat begitu meluat dengan pentadbiran masakini dan tidak sabar untuk mengundi di Pilihan Raya Umum ke-15 bagi menendang keluar gerombolan gagal dari tampuk kepimpinan negara.

WAJIB BACA:

‘Kenapa Najib takut saman Clare Brown seperti Hadi Awang, Sultanah Terengganu?’

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...