Ugutan PKR Sarawak tanda kedudukan Anwar kritikal

“Saya juga mempersoal kewibawaan dan kemampuan Anwar menerajui kerajaan pusat sedangkan beliau tidak mampu mengawal sayap partinya sendiri yang boleh mengugut kepimpinan pusat secara terbuka”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih enggan mengaku beliau sudah tidak menguasai PKR sepenuhnya, malah ditolak terus oleh pucuk pimpinan parti beberapa buah negeri, khususnya negeri di Malaysia Timur.




Ini dapat dilihat menerusi kenyataan ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang memberi kata dua kepada kepimpinan pusat berhubung isu pembatalan jemputan timbalan presiden Azmin Ali untuk merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR (AMK) 2019.

Semalam, Bian mengugut untuk batalkan konvensyen peringkat negeri di Sarawak yang dijadual berlangsung di Miri pada 23hb November ini jika isu jemputan terhadap Azmin itu tidak diselesaikan.

Anggota MP Selangau itu, yang memang diketahui antara penyokong tegar Azmin, berkata pembatalan itu adalah pengkhianatan terhadap tradisi parti dan bertentangan dengan prinsip demokrasi.’

Terdahulu, Azmin memberitahu pemberita bahawa terdapat “tangan ghaib” yang membatalkan jemputan kepadanya kerana tidak ingin beliau bersuara dalam kongres sayap parti.

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada media selepas berucap pasa Siri Forum Menteri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2019 di INTAN, Bukit Kiara dua hari lepas.

Pada mulanya, Anwar cuba memberi gambaran seolah-olah beliau menguasai PKR sepenuhnya dengan tidak mengendahkan kata-kata Azmin itu.

Loading...

Ini sekaligus menimbulkan persepsi seolah-olah Azmin tiada pengaruh dalam PKR kerana boleh diperlakukan begitu oleh presiden parti biarpun beliau sendiri berjawatan timbalan presiden.

Tetapi sebaik selepas Bian memberikan kata dua kepada Anwar, rakyat mula melihat siapa yang lebih berpengaruh dan relevan di PKR.

Anwar harus akur, jika beliau masih juga meneruskan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil PKR akan kecundang di Sarawak dan juga di beberapa negeri lain di Semenanjung, termasuk Selangor dan Perak.

Ini memandangkan Bian bukanlah calang-calang orangnya, tetapi ketua PKR Sarawak dan juga nadi kepada pengaruh parti tersebut di negeri terbesar di Malaysia Timur.

Justeru, kenyataan Anwar bahawa penentangan dari Sarawak terhad kepada beberapa pemimpin parti membuktikan betapa tersasarnya beliau dari paksi kebenaran.

Saya dengan ini mencabar Anwar untuk mengarahkan lembaga disiplin parti mengambil tindakan terhadap Bian jika benar Anwar menguasai penuh PKR dan masih lagi relevan.

Saya turut mencabar Anwar untuk menganjurkan EGM di peringkat pusat secepat mungkin bagi membenarkan ahli-ahli parti mengundi siapa yang lebih layak jadi presiden parti – beliau, atau Azmin Ali.

Akhir sekali, saya mempersoal kewibawaan dan kemampuan Anwar menerajui kerajaan persekutuan sedangkan beliau tidak mampu mengawal sayap partinya sendiri yang dilihat boleh mengugut kepimpinan pusat secara terbuka.

Wallahu a’lam



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...