UKM terima bekas banduan simpan bahan porno kanak-kanak sebagai pelajar PhD kerana genius

Nur Fitri Azmeer Nordin yang didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London diterima mengikuti program PhD di UKM. Sumber (gambar): jaffpoint.blogspot.com

Sebagai mengiktiraf keupayaan luar biasa seseorang invidu dalam bidang pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima seorang pesalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD)

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam satu kenyataan berkata, penerimaan Nur Fitri untuk melanjutkan pelajaran itu kerana keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian.

Nur Fitri yang sebelum ini melanjutkan pelajaran di Imperial College, United Kingdom telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Mei 2015,setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya.

Dia didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah pornografi kanak-kanak, termasuk 601 imej “Kategori A” yang menggambarkan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Atas kesalahan itu Nur Fitri kemudian menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan sebelum kerajaan Malaysia membawanya pulang. 


KUALA LUMPUR: Sebagai mengiktiraf keupayaan luar biasa seseorang invidu dalam bidang pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima seorang pesalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD)

Atas prinsip itu Nur Fitri Azmeer Nordin yang didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London diterima mengikuti program PhD di UKM

Pusat Komunikasi Korporat UKM dalam satu kenyataan berkata, penerimaan Nur Fitri untuk melanjutkan pelajaran itu kerana keupayaan luar biasa dan kecemerlangannya dalam pengajian.


“Berkenaan dengan pelajar, Nur Fitri Azmeer Nordin, beliau kini adalah pelajar UKM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PHD).

Iklan

“Beliau mula mendaftar sebagai pelajar UKM semenjak tahun 2016 lagi bagi program pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

“Semasa pemilihan untuk menerima beliau, pelbagai pandangan telah diambilkira dan dinilai,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dibuar ekoran tular di media sosial mengenai perkembangan Nur Fitri yang kini mengikuti pengajian di UKM.

Ini termasuk amaran kepada warga bangi supaya berhati-hati ekoran Nur Fitri kini melanjutkan pengajian di UKM.

Nur Fitri yang sebelum ini melanjutkan pelajaran di Imperial College, United Kingdom telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London pada Mei 2015,setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya.

Dia didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah pornografi kanak-kanak, termasuk 601 imej “Kategori A” yang menggambarkan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Atas kesalahan itu Nur Fitri kemudian menjalani hukuman penjara selama sembilan bulan sebelum kerajaan Malaysia membawanya pulang. 

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...