UMNO Bahagian Tanah Merah digantung

Penyandang Pemangku Ketua Bahagian Tanah Merah, Mohd Almidi Jaafar, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai penggantungan bahagian itu pada 17 Jun lalu, iaitu sehari selepas Mesyuarat Tertinggi UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو بهاڬين تانه ميره دڬنتوڠ

UMNO Bahagian Tanah Merah digantung tanpa dinyatakan alasan, berkuatkuasa 16 Jun lalu.

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 16 Jun lalu dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan perlu menubuhkan jawatankuasa sementara UMNO di bahagian berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yakub ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Untuk rekod, UMNO Bahagian Tanah Merah sebelum ini diketuai Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah.


KOTA BHARU: UMNO Bahagian Tanah Merah digantung tanpa dinyatakan alasan, berkuatkuasa 16 Jun lalu.

Perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi (MPT) UMNO pada 16 Jun lalu dan Badan Perhubungan UMNO Kelantan perlu menubuhkan jawatankuasa sementara UMNO di bahagian berkenaan.




Penyandang Pemangku Ketua Bahagian Tanah Merah, Mohd Almidi Jaafar, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 17 Jun lalu, iaitu sehari selepas Mesyuarat Tertinggi UMNO.

“Saya hanya dimaklumkan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yakub menerusi WhatsApp yang memaklumkan UMNO Bahagian Tanah Merah digantung.

“Beliau juga tidak menyatakan sebab atau alasan UMNO Tanah Merah digantung. Cuma, saya difahamkan ia mungkin berkait dengan isu-isu lama khususnya selepas berlaku perubahan pimpinan peringkat bahagian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Almidi berkata, beliau akur dengan keputusan pimpinan parti dan tidak akan membuat sebarang bantahan yang boleh menjejaskan imej parti.

Sementara itu, Ahmad Jazlan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Untuk rekod, UMNO Bahagian Tanah Merah sebelum ini diketuai Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah.

Bagaimanapun Ikmal Hisham keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...