
امنو باكل دتولق رعيت ڤد ڤرن، ڤرو – اننوار موسى
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
UMNO bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, UMNO akan ditolak kerana sokongan rakyat diberikan khususnya ketika UMNO bersama Pas, bukan DAP.
“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti itu.”
UMNO bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Demikian menurut pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, yang berkata, sokongan rakyat diberikan khususnya ketika UMNO bersama Pas, bukan DAP.
“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan Pas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya
TONTON: GELOMBANG BIRU-HIJAU LUARBIASA BESAR DI KEDAH PADA PELANCARAN JENTERA PN
“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti itu.
“UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-ALLAH,” katanya.
Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.
THE THIRD FORCE
