UMNO bawah Zahid, Najib umpama ‘pendekar runtuh iman’

“Percayalah, semangat 1946 yang dibawa oleh pendekar-pendekar nasional serta golongan bangsawan yang bersama menubuhkan UMNO sudah lama berkubur, dan yang tinggal hanyalah “Pendekar Cap Ayam” yang akhirnya akan menggadaikan maruah Agama, Bangsa dan Negara”

Raggie Jessy Rithaudeen

UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengaruh Datuk Seri Najib Tun Razak bagaikan “pendekar yang runtuh iman” disebabkan sikap Zahid dan Najib yang sanggup menggadaikan maruah Agama, Bangsa dan Negara demi kepentingan peribadi.

Kalau sebelum ini, Zahid dan Najib bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk cuba rampas kembali tampuk kepimpinan negara, kini mereka terpaksa menjilat tapak kaki Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah untuk memastikan UMNO menguasai kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.




Hakikatnya, Zahid dan Najib tahu parlimen bakal dibubarkan tidak lama lagi tidak kira samada Muhyiddin bersetuju untuk membubarkannya atau tidak.

Ini kerana kedua-dua mereka menghadapi tuduhan jenayah berat dan bersepakat dengan beberapa pemimpin Team A untuk menarik sokongan daripada Muhyiddin dalam masa terdekat.

Mereka sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk cuba gulingkan Muhyiddin dengan memperdaya ahli-ahli parlimen kononnya Anwar memiliki sokongan majoriti biarpun tahu UMNO akan terpaksa bekerjasama dengan DAP.

Kemudian, apabila penipuan mereka terbongkar, mereka mengerahkan Laskar Siber upahan untuk cuba mengagung-agungkan UMNO sambil mendakwa tindakan Zahid membenarkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Anwar bertujuan “mententeramkan akar umbi.”

Bukan hanya ini merupakan kebodohan tahap maksimum, ianya mencerminkan kehancuran “nilai diri” mereka serta maruah Team A yang tidak lari dari maruah “pelacur politik murahan” yang sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja biarpun maruah ummah tergadai.

Ini menjadikan Zahid dan Najib musuh terbesar Agama, Bangsa dan Negara. Mereka sanggup menipu PAS dan menjaja konsep “penyatuan ummah” asalkan tengkuk mereka selamat dan misi peribadi mereka tercapai.

Bukan hanya perjuangan Zahid dan Najib berkisar di sekitar Wang, Kuasa dan Kedudukan (WKK), politik yang dimainkan oleh sekutu mereka dalam UMNO merupakan politik perkauman yang didorong oleh sifat keterdesakan.

Loading...

Keterdesakan ini jelas terbayang apabila Zahid berdegil ingin menjadikan sekutu Najib, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Kalau diikutkan kelaziman Barisan Nasional, parti komponen dengan majoriti terbesar berhak menentukan siapa calon Ketua Menteri, Menteri Besar atau Perdana Menteri. 

Oleh kerana STAR merupakan parti komponen Perikatan Nasional, maka gabungan itu secara otomatik menjadi parti terbesar dalam GRS dari segi perolehan kerusi, bukannya Barisan Nasional.

Malangnya, Zahid tiba-tiba mengenepikan adat UMNO sendiri apabila bertegas ingin Bung Moktar dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tetapi Zahid akhirnya mengalah dan bersetuju membenarkan PPBM menetapkan calon Ketua Menteri apabila mendapat tahu perlembagaan negeri Sabah membenarkan Yang Di-Pertua Negeri melantik Ketua Menteri dari WARISAN, iaitu parti dengan bilangan kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana UMNO ingin berkuasa di Sabah beberapa minggu ini sebelum parlimen dibubarkan agar Team A boleh menggunakan jentera pentadbiran negeri untuk cuba mengembangkan pengaruh Barisan Nasional di peringkat parlimen Sabah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Sebab itulah UMNO tidak membenarkan PAS bertanding di Sabah, kerana UMNO tahu kemenangan PAS akan mengurangkan lagi pengaruh Team A memandangkan PAS bersekutu dengan PPBM menerusi Perikatan Nasional.

Inilah yang dinamakan politik keterdesakan, dan kesemua yang dilakukan oleh Team A berkisar di sekitar kepentingan beberapa individu, bukannya politik keIslaman.

Percayalah, semangat 1946 yang dibawa oleh pendekar-pendekar nasional serta golongan bangsawan yang bersama menubuhkan UMNO sudah lama berkubur, dan yang tinggal hanyalah “Pendekar Cap Ayam” yang akhirnya akan menggadaikan maruah Agama, Bangsa dan Negara.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...