UMNO bergolak, muncul ‘blok pemisah’

Sebentar tadi, UMNO bahagian Paya Besar mengemukakan usul menolak kerjasama dengan PPBM (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو برڬولق، مونچول ‘بلوك ڤميسه’

UMNO di seluruh semenanjung Malaysia bergolak susulan kebangkitan blok pemisah yang menuntut agar kerjasama UMNO dan PPBM dihentikan serta merta, bukan hanya di Pilihan Raya Umum ke-15.

Blok ini dipercayai bersekutu dengan Team B yang bersekutu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan inginkan perubahan dalam tampik kepimpinan negara secepat mungkin.

Beberapa sumber dalaman memberitahu kata putus akan disampaikan kepada presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat untuk samada menolak terus Perikatan Nasional atau menghadapi kemungkinan pergolakkan besar-besaran.

Zahid sebelum ini menzahirkan sokongannya kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengisytiharkan kemungkinan berlakunya kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Perak, termasuk dengan DAP.


IPOH: UMNO di seluruh semenanjung Malaysia bergolak susulan kebangkitan blok pemisah yang menuntut agar kerjasama UMNO dan PPBM dihentikan serta merta, bukan hanya di Pilihan Raya Umum ke-15.

Blok ini dipercayai bersekutu dengan Team B yang bersekutu dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan inginkan perubahan dalam tampik kepimpinan negara secepat mungkin.




Sebentar tadi, UMNO bahagian Paya Besar mengemukakan usul menolak kerjasama dengan PPBM (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Walaubagaimanapun, TTF difahamkan bahawa berlaku scenario ‘mesyuarat-dalam-mesyuarat’ di seluruh negara melibatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan cawangan yang membincangkan perubahan kerajaan dengan kadar segera.

Beberapa sumber dalaman mengesahkan perkara ini kepada TTF dan memberitahu kata putus akan disampaikan kepada presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat untuk samada menolak terus Perikatan Nasional atau menghadapi kemungkinan pergolakkan besar-besaran.

Zahid sebelum ini menzahirkan sokongannya kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengisytiharkan kemungkinan berlakunya kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Perak, termasuk dengan DAP.

Sebelum ini, di penghujung bulan Febuari, Zahid bersetuju untuk memasuki kerjasama politik dengan PPBM dan PAS atas alasan perlunya menubuhkan gabungan baharu bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam bagi menendang DAP keluar dari kerajaan.

Ketersediaanya untuk bekerjasama dengan DAP dan persetujuan Najib dalam hal ini memarahkan ramai pemimpin bahagian dan cawangan yang inginkan pilihan raya secepat mungkin atau keruntuhan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dengan segera.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...