“UMNO tidak ada masalah jika parlimen dibubarkan esok, lusa atau bulan depan, asalkan pada atau sebelum 1hb Ogos 2022”
Raggie Jessy Rithaudeen
امنو بري عشارت جلس ڤرليمين ڤرلو بوبر بيلا-بيلا انتارا سكارڠ دان 1هب اوڬوس 2022
Ramai tidak sedar maksud tersirat dalam kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sejurus selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat tergempar pada 14hb April 2022.
Dalam kenyataan itu, Ahmad Maslan memaklumkan keputusan UMNO untuk tidak meneruskan memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan.
Menurut Ahmad Maslan, MoU tersebut berakhir pada 31hb Julai 2022.
TONTON: MANGSA KONSPIRASI
Tetapi tahukah anda di mana silapnya kenyataan Ahmad Maslan?
1. MoU yang dimeterai antara kerajaan dan Pakatan Harapan bukannya berkuatkuasa sehingga 31hb Julai 2022, terapi sehingga Parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan.
2. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam mukasurat keempat MoU terbabit.
3. Ini bermakna, jika parlimen dibubarkan pada 1hb Jun tahun depan, maka MoU tersebut masih terpakai sehingga 31hb Mei 2023.
4. MoU ini hanya akan berakhir pada 31hb Julai 2022 sekiranya parlimen dibubarkan pada 1hb Ogos 2022.
5. Keputusan samada meneruskan MoU atau menamatkannya terletak pada kepimpinan Pakatan Harapan dan barisan Jemaah Menteri, bukannya pada UMNO.
5. Ini kerana MoU terbabit adalah di antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan, bukannya bersama UMNO.
Kepimpinan tertinggi UMNO sedar semua ini.
Maknanya, apabila MKT memutuskan untuk tidak meneruskan MoU selepas 31hb Julai 2022, badan penggubal dasar itu sebenarnya sedang memberi isyarat kepada Datuk Seri Ismail Sabri, yang turut menghadiri mesyuarat tersebut.
Isyaratnya jelas – UMNO mahu parlimen dibubarkan selewat-lewatnya pada 1hb Ogos 2022.
Ini bermakna, UMNO tidak ada masalah jika parlimen dibubarkan esok, lusa atau bulan depan, asalkan dibubarkan pada atau sebelum 1hb Ogos 2022.
Jangan lupa, UMNO tidak pernah memasuki sebarang MoU bersama kerajaan, bermakna tidak ada sebarang halangan jika Kluster Mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sebelum 31hb Julai 2022.
Andai kata Kluster Mahkamah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri pada bila-bila masa sebelum 31hb Julai 2022, Yang Di-Pertuan Agong akan berdepan dengan beberapa pilihan, antaranya;
a. menerima akuan-akuan bersumpah daripada Kluster Mahkamah sebagai bukti Ismail Sabri hilang majoriti, sebelum mengadakan pertemuan dengan semua MP (sepertimana yang berlaku ketika Langkah Sheraton) untuk mengesahkan siapa yang mendapat sokongan majoriti.
b. menetapkan bahawa keabsahan kerajaan pimpinan Ismail Sabri hanya boleh ditentukan menerusi proses parlimen dan bukannya berpandukan kepada surat akuan bersumpah
c. membubarkan parlimen dan bersetuju agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, atau
d. mengisytiharkan Darurat Politik dan menubuhkan Mageran, Majlis Pemulihan Negara (versi Tun Dr Mahathir Mohamad), The Rakyat’s Council atau sebarang bentuk Majlis lain yang difikirkan sesuai bagi mentadbir urus negara sehingga masalah politik dapat diatasi.
WAJIB TONTON:
