
امنو بري كڽاتأن برچڠڬه تاريخ ڤميليهن ڤرتي
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
UMNO hari ini memberi bayangan akan meneruskan pemilihan parti mereka tahun ini tetapi membuat kenyataan bercanggah berhubung tarikh pemilihan.
Menurut laporan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan nasihat berkenan pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan.
Bagaimanapun, timbul tanda tanya mengenai tarikh sebenar pemilihan apabila dua pemimpin parti menyatakan hal berlainan mengenainya.
Terdahulu, TTF mendedahkan penipuan di pihak Tajuddin apabila beliau mendakwa MKT tidak membincangkan tarikh pengunduran UMNO dari blok kerajaan kerana kononnya sudahpun diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.
PETALING JAYA: UMNO hari ini memberi bayangan akan meneruskan pemilihan parti mereka tahun ini tetapi membuat kenyataan bercanggah berhubung tarikh pemilihan.
Menurut laporan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapatkan nasihat berkenan pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan.
Kata Ahmad, ia bagi memastikan kelancaran proses pemilihan selaras peraturan dan undang-undang selain prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Bagaimanapun, timbul tanda tanya mengenai tarikh sebenar pemilihan apabila dua pemimpin parti menyatakan hal berlainan mengenainya.
“(MT) ada bincang sikit (pemilihan parti) dan dah ada tarikh. Nanti setiausaha agung akan keluarkan kenyataan,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi BN Sabah Bung Mokhtar Radin ringkas.
Namun, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata parti belum ada tarikh sebenar untuk pemilihan itu diadakan.
“Ada bincang-bincang (tarikh pemilihan) juga, tapi tak ada tarikh.
“Banyak perkara kena ambil tahu tentang kedudukan Covid-19, SOP dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, TTF mendedahkan penipuan di pihak Tajuddin apabila beliau mendakwa MKT tidak membincangkan tarikh pengunduran UMNO dari blok kerajaan kerana kononnya sudahpun diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Mac lalu.
TTF menulis:
Hakikatnya, para perwakilan PAU memberi Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi mandat untuk memutuskan bila UMNO akan keluar dari kerajaan setelah Zahid terpaksa tunduk pada kehendak akar umbi dan perwakilan susulan perdebatan dan ucapan pedas oleh pelbagai pihak yang diselindungi dari media dan tidak disiarkan di portal rasmi UMNO.
Ini bermakna, mesyuarat MKT hari ini sepatutnya menetapkan tarikh pengunduran itu yang ditunggu-tunggu oleh semua pemimpin bahagian, cawangan dan akar umbi UMNO.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]
