UMNO berjanji semua ahli parlimen Barisan Nasional – termasuk Najib, Zahid – tidak akan sokong undi tidak percaya

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang lantang mengkritik pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan turut elak daripada terlibat dalam sebarang usul tidak percaya. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو برجنجي سموا اهلي ڤرليمين باريسن ناسيونل – ترماسوق نجيب، زاهيد – تيدق اكن سوكوڠ اوندي تيدق ڤرچاي

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Penerangan UMNO mengumumkan bahawa semua ahli parlimen Barisan Nasional tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula.

Dalam satu kenyataan, penerangan UMNO berkata, Barisan Nasional berpendapat langkah membuka semula parlimen secepat mungkin adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan pada 16 Jun lalu. 

Setakat ini, TTF belum dapat mengesahkan jika pengumuman ini dipersetujui oleh MCA dan MIC dan sebab ianya dikeluarkan oleh penerangan UMNO, bukannya penerangan Barisan Nasional.

Penegasan itu dilihat langkah UMNO meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional membuka semula parlimen selepas ia digantung kerana pelaksanaan darurat.


PETALING JAYA: Penerangan UMNO mengumumkan bahawa semua ahli parlimen Barisan Nasional tidak akan menyokong usul undi tidak percaya sekiranya Dewan Rakyat bersidang semula.

Dalam satu kenyataan, penerangan UMNO berkata, Barisan Nasional berpendapat langkah membuka semula parlimen secepat mungkin adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan pada 16 Jun lalu.




Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak, yang lantang mengkritik pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan turut elak daripada terlibat dalam sebarang usul tidak percaya.

Ini turut bermakna Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini memberi gambaran UMNO akan tarik sokongan terhadap kerajaan pada atau sebelum 1hb Ogos ini, akan turut serta tidak menyokong sebarang usul undi tidak percaya.

Kenyataan tersebut dibuat atas nama Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun Ibu Pejabat Umno kemudian membuat ralat dan mendakwa ia dibuat bagi pihak semua anggota parlimen BN.

Setakat ini, TTF belum dapat mengesahkan jika pengumuman ini dipersetujui oleh MCA dan MIC dan sebab ianya dikeluarkan oleh penerangan UMNO, bukannya penerangan Barisan Nasional.

Penegasan itu dilihat langkah UMNO meyakinkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional membuka semula parlimen selepas ia digantung kerana pelaksanaan darurat.

Pada 27 Mei lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said turut mencadangkan agar Parlimen kembali bersidang kerana menganggap ia “satu-satunya cara untuk Malaysia melangkah ke depan” bagi menangani Covid-19.

Bagi mengelakkan “drama yang tidak diingini” dia mencadangkan tiada usul undi tidak percaya dibawa sehinggalah pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompok mencapai tahap 50 peratus.

Loading...

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini dan sumber TTF

WAJIB BACA: 

‘Ada seorang Ahli parlimen UMNO mengaku tandatangan Akuan Bersumpah depan Zahid dan Anwar’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...