UMNO berkecai, kerajaan dijangka tumbang tidak lama lagi

“Saya difahamkan, seandainya Zahid menggunakan PAU untuk meyakinkan ahli-ahli parlimen agar mereka perlu menunggu sehingga hujung bulan Febuari, sekumpulan tertentu ahli parlimen akan bertindak menarik sokongan daripada Perikatan Nasional tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Zahid”

Raggie Jessy Rithaudeen

Krisis yang melanda blok kerajaan ketika ini bakal menenggelamkan terus PPBM dan UMNO serta menghakis sokongan terhadap PAS di kalangan pengundi di Pilihan Raya Umum ke-15.

Sandiwara yang dimainkan oleh Majlis Kepimpinan Tinggi (MKT) UMNO baru-baru ini sudah cukup untuk memarahkan sebilangan tertentu ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin bahagian serta cawangan dari ‘blok pemisah’ yang sedang bersiap sedia untuk menarik sokongan dari PPBM pada bila-bila masa.




Sepintas lalu, MKT UMNO dikuasai oleh Team A pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang mempertimbangkan kerjasama dengan DAP dan berurusan secara langsung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Team A tidak mewakili aspirasi majoriti pemimpin UMNO yang menolak terus gandingan Zahid dan Najib bersama Anwar malah menolak juga kepimpinan Zahid yang didapati melanggar budaya yang dipraktikkan oleh UMNO selama ini.

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO pada satu ketika dulu, alasan yang diguna pakai oleh kem Najib ialah Muhyiddin dan Mukhriz mengkritik kerajaan secara terbuka menggunakan platform yang disediakan oleh puak pembangkang.

Kini, Zahid dan Najib terang-terang bersekongkol dengan Anwar dan sememangnya pernah menzahirkan skongan itu secara bertulis bagi pihak UMNO tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli-ahli parlimen atau MKT parti itu.

Jika dibandingkan kes Zahid dan Najib dengan pemecatan Muhyiddin, Zahid dan Najib seharusnya sudah lama dipecat dari UMNO, lebih-lebih lagi jika kita pertimbangkan pemecatan Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini yang hanya sekadar dituduh menjadi jurucakap PPBM.

Apa pun, Zahid dan Najib menerima tekanan hebat dari ‘blok pemisah’ yang ingin UMNO tarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional berkuat-kuasa serta merta, bukannya hujung bulan ini atau selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Zahid pula takut untuk berbuat demikian kerana tahu Yang Di-Pertuan Agong tidak mungkin bersetuju untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat memandangkan angka Covid-19 kian menggila.

Loading...

Seandainya kerajaan tumbang sekarang, Seri Paduka Baginda Tuanku sudah pasti akan mengisytiharkan Darurat Politik atau melantik seorang Perdana Menteri baharu yang namanya bukannya Anwar Ibrahim atau sesiapa dari kalangan pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Inilah yang dikhuatiri Zahid, kerana andai kata Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kerajaan, segala rancangan untuk membebaskan ‘kluster mahkamah’ dari pertuduhan jenayah akan hancur berkecai kerana Mahathir sudah pasti akan menekankan ‘Rule of Law’.

Tetapi disebabkan tekanan blok pemisah, Zahid terpaksa ‘berpura-pura’ untuk menyokong mereka dan membentangkan angka palsu kononnya 189 daripada 191 bahagian UMNO inginkan kerjasama dengan PPBM dihentikan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Hakikatnya, hanya 90 lebih bahagian sahaja yang sanggup menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, manakala lebih 80 lagi hendakkan UMNO menarik diri sekarang juga, bukannya hujung bulan ini atau awal bulan depan.

Saya difahamkan, majoriti pemimpin bahagian, termasuk beberapa dari kalangan 90 pemimpin yang sanggup menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15, menolak terus DAP, PKR dan gandingan Zahid bersama Najib.

Untuk menenteramkan ‘blok pemisah’ ini, Zahid meminta beberapa pemimpin bahagian untuk bersabar dan bersetuju untuk menunggu sehingga PAU sebelum memutuskan jika UMNO perlu menarik sokongannya terhadap PPBM serta-merta atau menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Tetapi ini hanyalah helah Zahid untuk membeli masa sambil kem Anwar bertungkus lumus mendapatkan Surat Akuan Bersumpah dari ahli-ahli parlimen yang sehingga kini masih gagal mencecah angka 90 dari segi jumlah dokumen yang dikumpulkan.

Zahid akan cuba tenteramkan ‘blok pemisah’ ini sehingga hujung bulan Febuari dengan harapan angka Covid-19 menurun dan Yang Di-Pertuan Agong bersetuju untuk membubarkan parlimen seandainya kerajaan pimpinan Muhyiddin jatuh.

Tetapi blok pemisah tidak ingin menunggu dan sudah membuat keputusan untuk mengorak langkah.

Saya difahamkan, seandainya Zahid menggunakan PAU untuk meyakinkan ahli-ahli parlimen agar mereka perlu tunggu, sekumpulan ahli parlimen akan bertindak menarik sokongan daripada Perikatan Nasional tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Zahid.

Mereka cukup marah dengan tindakan MKT menunggu sehingga PAU dan sedar Zahid kini berada dalam ‘kekalutan tahap gaban’ dan tersilap langkah apabila memecat Annuar Musa.

Walaupun majoriti dalam UMNO meluat dengan Annuar, ramai berpendapat Zahid cuba berlagak kuat dan memberi tekanan terhadap Muhyiddin dengan harapan Muhyiddin memujuk Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

Malangnya, bukan hanya rancangan ini gagal, MKT secara tidak langsung membuktikan bahawa UMNO kini berada dalam kedudukan paling lemah dalam sejarah apabila tidak berani menarik sokongan daripada Perikatan Nasional walaupun gabungan itu sah tidak memiliki majoriti.

Masyarakat Melayu-Islam pula makin meluat terhadap UMNO dan juga PAS kerana masih berpaut pada Team A yang jelas menjaja perjuangan penyatuan ummah semata-mata untuk menyelamatkan tengkuk pemimpin-pemimpin ‘kluster mahkamah’, termasuk Zahid dan Najib sendiri.

WAJIB BACA:

UMNO, PAS, PPBM goyang dipukul gelora kuasa ketiga Tun Mahathir

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...