UMNO bubar atau tidak diketahui dalam masa terdekat

Tidak mustahil keputusan Mahkamah Persekutuan akan menjurus kepada pembubaran UMNO atau pembatalan pendaftaran parti itu. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو بوبر اتاو تيدق دكتاهوي دالم ماس تردكت

Isnin 25hb Januari ini, Mahkamah Persekutuan dijadualkan memutuskan samada permohonan 16 orang bekas ahli UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan 16”) supaya UMNO dibubarkan diterima atau tidak, melainkan berlaku perubahan dalam penjadualan pada saat terakhir disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 20 April 2017, kumpulan 16 memfailkan permohonan kebenaran, antaranya, bagi mendapatkan perisytiharan bahawa UMNO tidak sah kerana melanggar perlembagaannya setelah gagal mengadakan pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi selama hampir lima tahun. 

Pada 27hb April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kumpulan 16 yang diwakili Salihudin Ahmad Khalid selepas membenarkan bantahan awal Pejabat Peguam Negara dan memutuskan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara membabitkan pertelingkahan antara ahli dalam parti politik.

Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu. Rayuan itu akhirnya didengar oleh Mahkamah Rayuan sebelum ditolak pada 5hb November 2018.

Walaubagaimanapun, pada 21hb Febuari 2019, kumpulan 16 memperoleh kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka.


PETALING JAYA: Isnin 25hb Januari ini, Mahkamah Persekutuan dijadualkan memutuskan samada permohonan 16 orang bekas ahli UMNO (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan 16”) supaya UMNO dibubarkan diterima atau tidak, melainkan berlaku perubahan dalam penjadualan pada saat terakhir disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 20 April 2017, kumpulan 16 memfailkan permohonan kebenaran, antaranya, bagi mendapatkan perisytiharan bahawa UMNO tidak sah kerana melanggar perlembagaannya setelah gagal mengadakan pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi selama hampir lima tahun.




Dalam permohonan itu, mereka menamakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh (dalam kapasiti selaku pegawai awam dalam parti), sebagai responden pertama dan kedua.

Kumpulan 16 turut memohon beberapa perintah mahkamah dan perisytiharan berhubung kedudukan dan status UMNO yang didakwa melanggar perlembagaan parti.

Menurut mereka, UMNO menunda pemilihan bagi semua peringkat, iaitu Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi sebanyak dua kali, melebihi tempoh maksimum 18 bulan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Kumpulan 16 juga memohon perintah untuk mengetepikan keputusan RoS yang memberikan lanjutan masa kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan sehingga 19 April 2019.

Pada 27hb April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kumpulan 16 yang diwakili Salihudin Ahmad Khalid selepas membenarkan bantahan awal Pejabat Peguam Negara dan memutuskan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara membabitkan pertelingkahan antara ahli dalam parti politik.

Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Rayuan itu akhirnya didengar oleh Mahkamah Rayuan sebelum ditolak pada 5hb November 2018.

Loading...

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Dr Badariah Sahamid berkata tidak ada alasan untuk menganggu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Seksyen 18 C Akta Persatuan menetapkan bahawa keputusan membabitkan parti adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu atau dipersoalkan di mahkamah.

“Oleh itu mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang menolak permohonan 16 bekas ahli itu bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman,” katanya.

Walaubagaimanapun, pada 21hb Febuari 2019, kumpulan 16 memperoleh kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, dalam membenarkan pemohonan untuk kebenaran merayu mereka.

Mengikut undang-undang, litigan yang berhasrat merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes sivil perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Wong membenarkan permohonan bagi kebenaran merayu berdasarkan 2 persoalan undang-undang.

Persoalan itu adalah sama ada Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyisihkan bidang kuasa mana-mana mahkamah untuk melayani sebarang kes saman, permohonan, persoalan atau prosiding dalam sebarang perkara berkaitan hal ehwal parti, adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Satu persoalan lagi – sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes RoS melawan Datuk Justine Jinggut adalah undang-undang yang masih berkuat kuasa, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd melawan pentadbir tanah daerah Hulu Langat, selain kes M Indira Gandhi melawan pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan lain-lain.

Bagi kedua-dua kes, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Zainun Ali berpendapat kuasa kehakiman terletak pada badan kehakiman dan klausa penyisihan dalam undang-undang yang menghapuskan bidang kuasa mahkamah untuk menyemak perkara tertentu dalam lingkungan perundangan adalah tidak mengikut Perlembagaan.

Berdasarkan keyataan Zainun, tidak mustahil Mahkamah Persekutuan akan membenarkan permohonan kumpulan 16, menjurus kepada pembubaran UMNO atau pembatalan pendaftaran parti itu.

Peguam, Haniff Khatri Abdulla mewakili kumpulan 16, manakala peguam kanan persekutuan, Shamsul Bolhassan mewakili JPPM.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...