Salleh Said Keruak
1. Sebelum ini, Umno dilihat sebagai parti bersifat elitis, komunalis, konservatif, ultra-nasionalis, dan autokratik yang dibelenggu oleh amalan kepuakan dan politik wang. Maka, ramailah penganalisis politik yang meramalkan Umno dan BN bakal kehilangan kuasa seperti mana parti LDP di Jepun, Kuomintang di Taiwan, Golkar di Indonesia, dan Kongres di India. Tetapi, itu Umno yang dahulu. Umno yang dicipta oleh Tun Mahathir mengikut pemikiran dan gaya kepimpinannya. Legasi Mahathir terlalu besar dalam Umno sehingga terbitnya istilah Mahathirisme yang cukup diingati dengan gaya pemerintahan “government knows all” yang tidak lagi relevan dengan politik kontemporari.
2. Sekarang DS Najib telah merekayasa semula Umno dengan meninggalkan sifat ultra-nasionalis dan komunalis. Sebagai arkitek politik yang cerdik, penjenamaan semula Umno oleh Najib bukan sekadar bersifat kosmetik, tetapi telah benar-benar mengubah nilai, amalan, pemikiran dan budaya Umno.
3. Perlu disedari Umno disukai bukan kerana retoriknya tetapi Umno disukai kerana pemimpinnya bersedia mendengar suara nurani rakyat.
4. Pernah dahulu, selepas pelantikan Najib sebagai PM, ada golongan yang menyatakannya sebagai “the return of Mahathirism.” Ternyata, dakwaan tersebut meleset. Bagi Najib, “Government knows best era is over,” malah Najib memperkenalkan transformasi politik dengan menghapuskan ISA dan meminda akta-akta yang menyekat hak-hak politik rakyat. Beliau juga menjaga kebajikan rakyat semua kaum dan tidak lagi bersifat komunalis. Dengan transformasi ini, tidak syak lagi, UMNO pimpinan DS Najib adalah sebuah parti yang sebenar-benarnya mendukung prinsip kedaulatan rakyat.
Sumber: sskeruak.blogspot.my
