UMNO cadang Muafakat Nasional didaftar, terajui keputusan kerajaan

MN diterajui tiga parti utama iaitu UMNO, PAS dan BERSATU, dengan UMNO memiliki jumlah wakil Ahli Parlimen paling ramai. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو چادڠ موافقة ناسيونل ددفتر، تراجوي كڤوتوسن كراجأن

UMNO menetapkan syarat baharunya supaya Muafakat Nasional (MN) menjadi gabungan parti politik bagi membolehkan ia menerajui kerajaan termasuk dalam memutuskan hal agihan kerusi, dasar kerajaan serta jawatan penting dalam Kabinet. 

Sumber parti itu yang dihubungi menjelaskan, prasyarat baharu itu adalah antara perkara yang akan dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, dengan matlamat akhirnya adalah memastikan kestabilan buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MN sudah terbukti berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun. 

“MN sudah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun (antara UMNO dan PAS). Genggaman erat penyokong, pendokong serta pemimpin UMNO dan PAS jangan dilepaskan. 

“Kita akan terus memperkukuh Muafakat Nasional. Biro Politik UMNO sudah cadangkan agar Muafakat Nasional (MN) didaftar sebagai organisasi politik yang sah,” katanya menerusi Twitter hari ini. 


KUALA LUMPUR: UMNO menetapkan syarat baharunya supaya Muafakat Nasional (MN) menjadi gabungan parti politik bagi membolehkan ia menerajui kerajaan termasuk dalam memutuskan hal agihan kerusi, dasar kerajaan serta jawatan penting dalam Kabinet.

Sumber parti itu yang dihubungi menjelaskan, prasyarat baharu itu adalah antara perkara yang akan dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin, dengan matlamat akhirnya adalah memastikan kestabilan buat kerajaan pimpinan Perdana Menteri.




Katanya, keputusan UMNO untuk tidak menyertai parti Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dibuat atas dasar mahukan supaya MN ini dikekalkan, bukan hanya sebagai semangat satu gabungan, tapi menjadi entiti politik yang meneraju keputusan penting kerajaan.

“Bila PN diwujudkan, nampak banyak saluran untuk menentukan keputusan membabitkan parti-parti dalam kerajaan. Sekejap keputusan PN, sekejap keputusan MN. Jadi banyak perkara yang kemudiannya sukar disepakati antara satu sama lain. PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah adalah kesannya,” katanya ketika dihubungi BH.

Mengikut sumber itu, di bawah MN, ketiga-tiga parti iaitu UMNO, PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh menetapkan keputusan bersama sebelum kemudiannya menjadi satu keputusan rasmi kerajaan.

“Kita tidak mahu rakyat terutama orang Melayu keliru. Kenapa MN, kenapa pula PN, hingga yang dilihat kini seolah-olah MN dan PN ini ada konflik sesama mereka. Masing-masing seperti ada keputusan berbeza-beza,” katanya.

Di bawah MN juga, katanya, rundingan akan lebih mudah berkaitan agihan kerusi dan jawatan dalam Kabinet, yang mana ia boleh diputuskan oleh tiga parti tonggak iaitu UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), BERSATU mewakili PN dan PAS mewakili Gagasan Sejahtera.

Ditanya sama ada perkara ini akan menjadi topik utama perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan mesyuarat MN minggu depan, beliau berkata: “sudah tentu dan usaha sedang dilakukan untuk memberi keyakinan kepada PAS”.

MN diterajui tiga parti utama iaitu UMNO, PAS dan BERSATU, dengan UMNO memiliki jumlah wakil Ahli Parlimen paling ramai.

Loading...

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MN sudah terbukti berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun.

“MN sudah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun (antara UMNO dan PAS). Genggaman erat penyokong, pendokong serta pemimpin UMNO dan PAS jangan dilepaskan.

“Kita akan terus memperkukuh Muafakat Nasional. Biro Politik UMNO sudah cadangkan agar Muafakat Nasional (MN) didaftar sebagai organisasi politik yang sah,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mengadakan pertemuan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan berkaitan hala tuju seterusnya MN.

“Alhamdulillah pertemuan berlangsung selama hampir dua jam penuh dengan semangat ukhuwah dan mahabbah. Kedua-dua pimpinan tertinggi ini turut berkongsi citra dan semangat untuk terus memastikan muafakat UMNO-PAS dipertahan dan diperkasakan.

“Biarlah apa jua tohmahan dan fitnah yang cuba dilontarkan untuk menggagalkannya, yang pasti UMNO-PAS terus kekal muafakat. Antara kata-kata tuan guru yang begitu membekas di jiwa saya, UMNO dan PAS adalah tunjang kekuatan orang Melayu dan Islam. Kita kena pastikan tunjang ini terus diperkuatkan demi rakyat dan Ummah!,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...