UMNO dalam satu kerajaan bersama PH, bagaimana isu pengampunan Najib tak dibincang?

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو دالم ساتو كراجأن برسام ڤه، باڬايمانا ايسو ڤڠامڤونن نجيب تق دبينچڠ؟

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Selepas tercetusnya isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak yang dibawa UMNO baru-baru ini, beberapa pemimpin kerajaan campuran nampaknya cuba mengalihkan isu tersebut.

Beberapa menteri daripada Pakatan Harapan (PH) mengatakan langkah pengampunan Najib yang dimohon UMNO tidak dibincang dalam Kabinet walaupun berada dalam satu kerajaan campuran.

Perkara tersebut dilihat sesuatu yang tidak masuk akal apabila satu isu yang melibatkan kepentingan negara tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet walhal banyak pihak sudah mula memperkatakan berhubung isu tersebut.

Atau adakah sebenarnya parti komponen PH seperti DAP, PKR dan Amanah yang berada dalam kerajaan campuran tidak mahu mengakui mereka sebenarnya terlibat dalam proses pengampunan Najib?

TONTON: MAKIN JELAS PARLIMEN PERLU BUBAR SEGERA

Atau adakah sebenarnya parti komponen PH seperti DAP, PKR dan Amanah yang berada dalam kerajaan campuran tidak mahu mengakui mereka sebenarnya terlibat dalam proses pengampunan Najib?

Sebelum ini, DAP berkata isu pengampunan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah dibawa ke meja Kabinet untuk dibincangkan.

Terbaharu, hari ini juga Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan dan tidak boleh mengulas isu itu.

“Saya juga tidak menerima apa-apa maklumat bila tarikh Lembaga Pengampunan akan bersidang. Selagi tidak ada maklumat berhubung perkara itu, saya tidak boleh ulas. Perkara yang dibincangkan ataupun tidak dibincangkan dalam Kabinet juga berstatus rahsia.

“Jadi saya tak boleh komen ataupun nafikan. Setakat ini belum dimaklumkan apa-apa mengenai tarikh itu,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Loading...

Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 31 Mac 2023, Najib gagal dalam permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman itu.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lepas telah memfailkan permohonan pengampunan diraja.

Sumber:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...