“Annuar sudah yakin Team A tidak akan dapat bertahan tanpa PAS dan sedang menjarakkan dirinya secara beransur-ansur daripada Zahid dan Najib agar beliau boleh membawa Muhyiddin kembali ke UMNO sebelum menjadikan Muhyiddin presiden parti, mungkin menerusi EGM. Saya akan rungkai perkara ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen 9 malam ini (KLIK SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
امنو دلندا دلمم تروق دسببكن چادڠن اننوار موسى، محمد حسن
Pada 2hb Julai 2020, Tan Sri Annuar Musa mengejutkan kepimpinan tertinggi UMNO, Team A dan Team B apabila menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15.
Sebenarnya, bukan hanya Annuar mempunyai satu kaki dalam Team A, beliau turut mempunyai satu kaki dalam kem Muhyiddin dan sebelah tangan dalam kem Zahid.
Zahid pula mempunyai satu kaki dalam Team A dan satu kaki dalam Team B dan sedang cuba sedaya-upaya untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua Team A dan Team B.
Zahid melakukan ini biarpun tahu Team A mempunyai perancangan untuk mencantasnya agar Datuk Seri Najib Tun Razak dapat kembali sebagai preisden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.
Manakala itu, Annuar dikatakan sudah mendapat tahu bahawa PAS tidak lagi yakin terhadap Team A dan boleh pada bila-bila masa berunding dengan Mahathir – yang kini memiliki sokongan majoriti dari Borneo, PPBM dan Team B – ke arah pembentukkan sebuah gabungan perpaduan baharu.
Justeru, beliau sengaja melontarkan nama Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi mendapatkan reaksi Zahid dan Najib dan mungkin juga sedang cuba ‘melagakan mereka’ sambil mengambil hati Muhyiddin.
Jika benar Annuar merasakan bahawa PAS tidak lagi yakin terhadap UMNO, maka jangkaan beliau adalah tepat.
Saya percaya, PAS dapat melihat pencaturan “tahap membimbangkan” yang sedang berlaku dalam UMNO dan sedang cuba sedaya upaya untuk menjarakkan diri dari parti itu.
Bagi tujuan ini, presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, bertindak menyambut pengumuman Annuar secara positif dengan menyokong pencalonan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya difahamkan, tindakan Hadi adalah disengajakan bagi memberi peluang kepada PAS untuk “melihat bersama” reaksi Zahid dan Najib berhubung isu pencalonan Perdana Menteri.
Ini adalah bagi membolehkan PAS memutuskan samada perlu untuk parti itu memulakan muzakarah dengan kepimpinan tertinggi UMNO berhubung isu tersebut atau berbincang terus dengan Perikatan Nasional.
Perlu diingatkan, UMNO sehingga kini masih belum memasuki apa-apa bentuk perbincangan atau muzakarah rasmi dengan kepimpinan tertinggi PAS berhubung perasmian Muafakat Nasional menerusi pendaftaran gabungan tersebut.
Ini bermakna PAS akan terpaksa menggunakan bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan keraguan di kalangan pengundi Melayu-Islam berhubung komitmen PAS terhadap Muafakat Nasional.
Perkara ini merungsingkan beberapa pemimpin PAS, sekaligus menimbulkan syak bahawa Team A dari awal memperkudakan PAS untuk meraih sokongan lebih ramai pengundi Melayu-Islam suslan kejatuhan ‘saham’ UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Atas sebab itulah Tuan Ibrahim Tuan Man menangkis pandangan sesetengah pemimpin UMNO secara terbuka sambil memberikan komitmen PAS terhadap konsep Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya.
Tangkisan itu dibuat pada 19hb Julai 2020, di mana Tuan Ibrahim secara jelas memberitahu bahawa pandangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada PAS merupakan “pandangan peribadi pemimpin berkenaan.”
Ini sebenarnya merupakan satu tamparan kencang dari PAS terhadap Team A dan ada sangkut pautnya dengan maklum balas yang diberikan oleh UMNO terhadap kenyataan Annuar berhubung isu pencalonan Perdana Menteri.
Maklum balas inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh Hadi bagi membolehkan PAS membuat beberapa penilaian.
Pada 6hb Julai 2020, Zahid secara terbuka mengingatkan UMNO agar tidak terheret dalam perbahasan pencalonan, sekaligus mengisytiharkan (secara tidak langsung) bahawa “UMNO sememangnya tidak sehaluan dengan PAS dalam banyak perkara.”
Ini termasuklah komitmen UMNO terhadap Perikatan Nasional, di mana Team A tidak pernah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada gabungan tersebut secara rasmi biarpun mengheret PAS untuk menyertainya atas dasar “perlu kuburkan DAP demi perpaduan ummah.”
Malah, beberapa pemimpin Team A pernah mencabar PPBM secara terbuka, termasuk Najib, yang pernah mengisytiharkan bahawa UMNO akan cuba merampas kembali satu kerusi di Johor dari PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Kesemua ini membuktikan bahawa UMNO tidak sehaluan dengan PPBM, tidak komited terhadap konsep Perikatan Nasional, tidak ingin menggunakan bendera Muafakat Nasional di Pilihan Raya dan tidak sependapat dengan PAS dalam banyak isu.
Bagi PAS, jika Team A mampu memperdaya dan menunggang pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dari PPBM bagi memenuhi agenda ‘terselindung’, maka tidak mustahil mereka turut akan “memperdaya dan menunggang” PAS bagi tujuan yang sama,.
Atas dasar “kurang yakin” inilah PAS mengisytiharkan sebanyak tiga kali bahawa parti itu komited terhadap gabungan Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Pengisytiharan pertama dibuat oleh Takiyuddin Hassan pada 8hb Jun 2020, manakala pengisytiharan kedua dan ketiga dibuat oleh Tuan Ibrahim secara langsung pada 5hb Julai 2020 dan secara tidak langsung pada 19hb Julai 2020.
Saya diberitahu, Annuar sudah yakin Team A tidak akan dapat bertahan tanpa PAS dan sedang menjarakkan dirinya secara beransur-ansur daripada Zahid dan Najib agar beliau boleh membawa Muhyiddin kembali ke UMNO sebelum menjadikan Muhyiddin presiden parti, mungkin menerusi EGM.
Untuk itu, Annuar memerlukan sokongan daripada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (yang tidak memihak kepada Team A atau Team B) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (yang memihak kepada Team B), sekaligus menjelaskan cadangan Nazri dan Mohamad agar Muhyiddin dibawa masuk ke dalam UMNO dan diberikan jawatan dalam parti.
Pada tanggapan Annuar, jika Muhyiddin dijadikan presiden UMNO dan jika Mohamad dan Nazri menyokong inisiatif ini, PAS akan kembali yakin dengan UMNO dan tidak akan mengadakan rundingan dengan blok bebas Mahathir.
Tetapi ini pasti akan memecahkan PPBM dengan teruk dan menyebabkan majoriti ahli-ahli parlimen parti itu lari ke blok bebas Mahathir atas dasar tidak percaya kepada hala tuju kepimpinan utama parti.
Persoalannya, adakah Muhyiddin sanggup kehilangan ahli-ahli parlimen berkenaan semata-mata untuk membantu UMNO kembali erat bersama PAS sedangkan PAS terang-terang bersetuju untuk berdamping dengan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15?
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
