UMNO diminta hormati PPBM Sabah sebagai ‘blok besar politik tanah air’

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan meminta Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor agar ‘jangan bermimpi’ dan secara sinis turut menyindir Hajiji jika betul mahu bersahabat dengan UMNO, buatlah cara bersahabat. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو دمينتا حرمتي ڤڤبم سابه سباڬاي ءبلوك بسر ڤوليتيك تانه ايرء

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta UMNO untuk menghormati Bersatu Sabah sebagai blok besar dalam politik tanah air yang berhak melakukan perancangan sendiri.

Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan tidak manis daripada pemimpin UMNO terhadap Bersatu Sabah tidak sepatutnya dilemparkan atas semangat setiakawan.

Semalam, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan hasrat parti itu bertanding sebanyak 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan reaksi pemimpin UMNO yang tidak senang dengan pengumuman Hajiji.


KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta UMNO untuk menghormati Bersatu Sabah sebagai blok besar dalam politik tanah air yang berhak melakukan perancangan sendiri.

Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenyataan tidak manis daripada pemimpin UMNO terhadap Bersatu Sabah tidak sepatutnya dilemparkan atas semangat setiakawan.




“Bersatu Sabah sebagai sebuah blok besar dalam politik tanah air berhak melakukan perancangan mereka sendiri sebelum memulakan perbincangan lanjut dengan pimpinan pusat dan rakan-rakan sekutu. Kita hormati autonomi Sabah dan peranan yang dimainkan oleh Bersatu negeri.

“Adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak memberikan komen, terutamanya jika ia hanya mengeruhkan keadaan. Sebagai orang Melayu, kita utamakan setiakawan,” katanya.

Semalam, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan hasrat parti itu bertanding sebanyak 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan reaksi pemimpin UMNO yang tidak senang dengan pengumuman Hajiji.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan turut mengecam hasrat Bersatu Sabah dengan menyifatkan kewujudan parti itu hanyalah disebabkan oleh sekumpulan pengkhianat.

“Dia dengan parti dia, kita dengan parti kita. Wujud Bersatu di Sabah kerana kumpulan pembelot. UMNO akan terus dapat sokongan akar umbi,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pula meminta Hajiji agar ‘jangan bermimpi’ dan secara sinis turut menyindir Hajiji jika betul mahu bersahabat dengan UMNO, buatlah cara bersahabat.

Loading...

“Dua perkataan: Jangan mimpi.

“Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding.

“UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

“Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal meningatkan pimpinan UMNO agar tidak membawa cara politik lama Semenanjung ke Sabah.

“Jangan bawa cara politik lama Semenanjung ke Sabah. Belajarlah daripada keangkuhan DAP yang membawa kepada kejatuhan kerajaan terdahulu,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...