UMNO HANYALAH ‘MERIAM BULUH’ – BUNYI SAJA KUAT, AKHIRNYA TUNDUK PADA ‘SCHEME OF THINGS’

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

امنو هاڽله ‘مريام بولوه’ – بوڽي ساج كوات، اخيرڽ توندوق ڤد ‘سچيم اوف ثيڠسء

Parti UMNO kini dipimpin oleh pemimpin yang paling korup. Kepala kleptokrats sedang mentadbir UMNO sebab itu parti ini sekarang sudah jadi ‘haru-biru’.

Untuk nak jinakkan pemimpin-pemimpin UMNO cukup mudah, beri saga rasuah jawatan, duit ringgit serta sikit kuasa kepada mereka maka dapatlah sesiapa pun menjinakkan pemimpin-pemimpin korup UMNO.

Pemimpin-pemimpin UMNO kini tiada maruah diri serta langsung tidak mempunyai prinsip luhur.




Kehidupan mereka bila celik saja mata hanya memikir bagaimana hendak merompak khazanah kerajaan serta duit rakyat.

Sebab itu hari ini walaupun matlamat penubuhan parti UMNO untuk memimpin akhirnya kerana sifat pemimpin-pemimpinnya terlalu korup kini mereka hanya mampu dipimpin.

Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin UMNO mudah disogok oleh ‘scheme of things’ walaupun dari sebuah parti yang kecil tetapi mampu meletakkan UMNO di bawah telunjuk mereka.

Zahid Hamidi adalah manusia yang amat korup seperti Najib Razak. Inilah kriteria untuk jadi tokoh pemimpin UMNO!

Seseorang itu kena korup tahap luarbiasa agar dia mampu untuk membeli undi kearah berpaut pada jawatan tertinggi parti dalam UMNO.

Ahli-ahli UMNO pula semua ‘kebuluran’ wang ringgit serta material. Seseorang pemimpin UMNO hanya perlu sogok seratus dua ratus ringgit saja untuk beli undi dalam UMNO.

Nilai serta harga diri ahli-ahli UMNO memang amat rendah, sogokan kecil pun mudah untuk mempengaruhi mereka.

Loading...

Dalam parti UMNO tiada pertandingan dalam erti kata yang sebenarnya tetapi hanya ada proses pembelian dan perniagaan jawatan.

Sebab itulah Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengasas parti dan presiden UMNO paling lama bertindak meninggalkan parti tersebut.

Cukup memalukan untuk berada dalam UMNO sekarang ini, pemimpin hampir kesemuanya bangang. Ketua serta pengikut juga sama korup.

Sama-sama kita tunggu dan lihat ‘meriam buluh’ Zahid [email protected]‘zahid komidi’ yang kononnya bersama  serta penyangak Anwar Ibrahim hendak tumbangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN pada minggu ini bagi mengambil-alih Putrajaya.

Zahid Hamidi sememangnya ‘kaki penipu’ nombor satu, perancangan serta gerak kerjanya bersama Anwar Ibrahim tak akan berjaya.

Lihat saja nanti bila mereka gerakkan bahagian-bahagian UMNO untuk desak parti itu tarik diri dari PN dan tinggalkan Muhyiddin Yassin; dalam masa yang sama Zahid Hamidi pula akan sokong Anwar Ibrahim sebagai PM9!

Yakinlah gerak kerja ini akan berakhir dengan UMNO menikus pada PPBM serta Muhyiddin Yassin.

Dia buat bising untuk beri tekanan pada Muhyiddin Yassin semata-mata nak gunakan pendekatan itu bagi berunding kearah untuk dapatkan imbuhan kepada diri sendiri saja.

Apa saja yang dibisingkan oleh UMNO melalui ketua-ketua bahagiannya sehari dua ini hanyalah permainan wayang untuk memancing demi kepentingan diri sendiri.

Persembahan ‘wayang kulit’ ini yang didendangkan oleh , Zahid Hamidi serta penyangak Anwar Ibrahim akan menemui jalan buntu.

Ketiga-tiga pemimpin ini sedang menggali ‘liang lahat’ masing-masing.

‘Biarlah si lunchai terjun dengan labu-labunya, kita hanya perlu tepuk tangan dan ketawa besar apabila episod ‘mitos’ ini berakhir.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...