UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya untuk persiapan, penentuan calon Pilihan Raya Sabah

Situasi politik di Sabah yang panas sejak kebelakangan ini memuncak apabila bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. Sumber (gambar): Fail TTF

امنو اشتهار كواس اوتونومي سڤنوهڽ اونتوق ڤرسياڤن، ڤننتوان چالون ڤيليهن راي سابه

Nota: Tajuk dikemaskini pada pukul 4.55 petang (31/7/2020) bagi memperbetulkan kesilapan

UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata sejurus pengumuman dan pengesahan rasmi Istana Negeri Sabah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri semalam, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) segera membuat persiapan.

Terdahulu, Annuar menyertai solat sunat Aidiladha dan ibadah korban di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan PRN yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.


KUALA LUMPUR: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata sejurus pengumuman dan pengesahan rasmi Istana Negeri Sabah berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri semalam, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) segera membuat persiapan.




Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Presiden UMNO, akan bermesyuarat Ahad ini bersama beberapa ahli jawatankuasa pilihan raya parti.

“Itu (calon PRN) akan diputuskan UMNO dan mengikut kaedah kita, ia akan ditentukan oleh Badan Perhubungan UMNO Sabah.

“Bagaimanapun, oleh kerana ini adalah PRN yang membabitkan semua kawasan DUN, UMNO Sabah juga perlu berbincang dengan rakan komponen BN, Muafakat Nasional (MN) termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan parti mesra BN,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN.

Terdahulu, Annuar menyertai solat sunat Aidiladha dan ibadah korban di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala di sini, hari ini

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan PRN yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Situasi politik di Sabah yang panas sejak kebelakangan ini memuncak apabila bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...